TUANKU Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud merupakan antara figura yang akan memeriahkan Kejohanan The Grand Dames 2024 yang diadakan buat julung kalinya bermula pada 28 November di The Mines Resort Golf Club.
Menariknya, kejohanan yang dibuka kepada pemain golf wanita berusia atas 50 tahun itu menyaksikan seramai 100 orang peserta dijangka akan memeriahkan lagi kejohanan berkenaan.
Kejohanan yang buat julung kalinya diadakan itu menyaksikan tiga kategori akan dipertandingkan iaitu Gold, Diamond dan Platinum.
BACA LAGI: [VIDEO] Menang besar bertemu Sang Kenari tapi fans mahu Kim Swee rehatkan bintang muda The Rhinos
Dari kiri: Sharifah Khatijah dan Datuk Merina Gan.
Bagi penyertaan kategori Gold akan menyaksikan pemain veteren bermula dari umur 50 hingga 59 tahun.
Manakala, Diamond pula akan menampilkan peserta dari umur 60 hingga 69 tahun dan umur 70 hingga ke atas untuk Platinum.
Sementara itu, Pengerusi Women In Golf Charter (WIGC), Datuk Merina Gan berkongsikan bahawa The Grand Dames of Golf 2024 mencerminkan komitmen pihaknya yang teguh untuk mempromosikan golf di kalangan wanita dari semua peringkat umur.
"Kejohanan ini meraikan wanita senior dalam golf, yang sering diabaikan dalam sukan ini. Kami teruja untuk menyediakan platform yang tidak hanya menggalakkan persaingan, tetapi juga memupuk persahabatan di kalangan pemain golf senior," katanya ketika sidang media pada Rabu.
Pada masa sama, pengerusi penganjuran, Sharifah Khatijah, berbesar hati menganjurkan acara berprestij berkenaan bagi pemain golf wanita senior.
"Ucapan terima kasih kami kepada DYMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan dan para penaja yang dermawan. Kami menggalakkan pemain golf wanita berumur 50 tahun ke atas untuk mengambil peluang ini dan menyertai kami dalam kejohanan yang pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan," jelasnya.
Antara yang menjadi rakan sponsor kejohanan tersebut adalah Richiamo, Poh Kong, Kopinuts, Tamu Capital Berhad, Hurix's, adabi dan banyak lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram