KETUA Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan masih terlalu awal untuk memikirkan soal kedudukan pasukan dalam carta Liga Super memandangkan saingan domestik masih berada pada pertengahan musim.
Meskipun meraih kemenangan dalam tiga perlawanan liga sebelum ini, Kim Swee berkata, tumpuan beliau ketika ini adalah untuk memastikan pemain kekal konsisten dalam setiap perlawanan bagi mengekalkan atau memperbaiki kedudukan pasukan.
"Masih terlalu awal untuk Sabah memikirkan kedudukan dalam Liga Super.
"Apa yang penting sekarang kami mahu fokus untuk memperbaiki benteng pertahanan kerana saya tidak berpuas hati dengan jaringan yang dibolosi," katanya.
BACA LAGI: Maaf Sabah, ada 3 sebab slot ACL2 masih kekal milik Selangor musim depan
Sebahagian sesi latihan pemain Sang Badak yang dilihat cukup bersemangat untuk melayan kunjungan daripada Kelantan Darul Naim FC. — Facebook/Sabahfc
Untuk rekod, selepas tiga perlawanan liga, Sabah dibolosi dengan empat jaringan ketika bertemu Perak FC dengan keputusan 4-2 dan Kedah Darul Aman FC (5-2) yang masing-masing mencetak dua gol.
Di samping itu, Kim Swee turut gembira kerana anak-anak buahnya menampilkan aksi yang penuh cemerlang apabila berjaya meledak 13 gol selepas tiga perlawanan liga.
"Para pemain mengawal permainan dengan baik dalam beberapa perlawanan liga dan 13 gol sememangnya cukup baik untuk Sabah," ujarnya.
Skuad Sang Badak kembali menduduki tangga ketiga carta liga dengan mengumpul 23 mata, berada di belakang Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Selepas ini, The Rhinos akan melayan kunjungan pasukan dari Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC di Stadium Likas, Sabah pada Ahad. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram