[VIDEO] Tak cukup langgar kereta polis, rider tak bersalah pun jadi mangsa di Bintulu


  • Tular
  • Selasa, 29 Okt 2024

Berdasarkan perkembangan terkini, lelaki yang merupakan penunggang motosikal berkenaan disahkan selamat, namun dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

TULAR satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) di media sosial menyaksikan kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan, termasuk sebuah kereta peronda polis dengan insiden difahamkan berlaku di persimpangan lampu isyarat empat penjuru di Bintulu, Sarawak.

Dalam video berdurasi 18 saat yang dimuat naik pengguna media sosial, kelihatan sebuah kereta berwara putih memecut dengan tindakan itu difahamkan bagi mengejar lampu hijau.

Namun, tindakan itu akhirnya memakan diri apabila pemandu berkenaan merempuh bahagian belakang sebuah kereta peronda polis yang sedang dipandu perlahan.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis sahkan bukan gempa bumi atau letupan kuari, dentuman kuat di Ipoh kekal misteri

BACA LAGI: [VIDEO] Berang terbeli kereta Tesla Model 3 tak dapat dicas, lelaki tarik guna lembu tanda protes di China

Pelanggaran menyebabkan kedua-dua kereta itu tidak dapat dikawal dengan kenderaan berwarna putih yang dipandu laju itu terbabas sehingga memasuki arah berlawanan.

Kereta itu turut dirakam melanggar sebuah motosikal yang berhenti sambil menunggu lampu isyarat sehingga menyebabkan penunggang jatuh ke atas jalan raya.

Berdasarkan perkembangan terkini, lelaki yang merupakan penunggang motosikal berkenaan disahkan selamat, namun dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Ia dapat dilihat menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Facebook Bintulu News Page.

"Ramai yang ingin tahu keadaan penunggang motosikal yang dilanggar dalam kemalangan tadi, syukur mangsa selamat," tulisnya.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram