Pertukaran pemain diragui, pemilihan import punca jurulatih Terengganu Turtles dipersalahkan aksi pembukaan GP Johor


  • Podium
  • Selasa, 29 Okt 2024

Terengganu Turtles memberikan aksi terbaik sebelum dikecewakan KL Thunders dalam aksi pembukaan. — Facebook/STL

PEMENANG empat edisi Grand Prix (GP) dalam Liga Sepak Takraw (STL) musim ini, Kuala Lumpur (KL) Thunders meneruskan rentak cemerlang apabila mencatatkan satu lagi kemenangan.

Mereka yang berdepan Terengganu Turtles pada aksi pembukaan GP Johor memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila mendahului 15-13 sebelum tewas dalam set kedua dengan keputusan 13-15.

Perlawanan itu sudah tentu cukup menghangatkan kesemua penyokong yang memenuhi Stadium Arena Tertutup Larkin, Johor kerana aksi diheret ke set penentuan.

BACA LAGI: Kelab Thailand, India antara wakil antarabangsa warnai STL Champions Cup

BACA LAGI: [VIDEO] KL Thunder ada 'resipi' rahsia, mahu kekal juara bertahan STL 2024 — Syahir Rosdi

464201966_957017563134958_7829553511959427564_n

Terengganu Turtles menduduki tangga keempat STL selepas empat edisi GP musim ini. Facebook/STL

Namun, pengalaman jelas memihak kepada KL Thunders yang kembali bangkit bagi memastikan kemenangan milik mereka untuk berada di tangga teratas Kumpulan C pada hari pembukaan.

Bagi Terengganu Turtles pula, mereka sudah tentu kecewa atas kekalahan itu dengan penyokong turut berasakan kesilapan mudah menyebabkan keputusan tidak berpihak kepada pasukan Pantai Timur tersebut.

Dalam meluahkan perasaan berkenaan, penyokong mula menuding jari ke arah pihak kejurulatihan dengan beberapa tindakan mereka tidak digemari ramai.

"Masalah besar Terengganu Turtles adalah jurulatih, tidak tahu masa untuk ganti pemain. Tunggu sehingga ketinggalan jauh, baru hendak menukar pemain," kata Hazimin Mohmmad.

465149634_963123879190993_8432499028980543334_n

Terengganu Turtles gagal memastikan kemenangan dalam set ketiga perlawanan. Facebook/STL

"Kenapa agaknya Terengganu tidak membuat perubahan dengan menggantikan killer Thailand itu? Agak musykil sedikit di situ," kata Haziq Iz'aan.

"Apa punya pengurusan Terengganu Turtles ni? Mana mereka 'kutip' killer dan tekong Thailand itu? Pemain lokal lebih baik nampaknya," kata Joe Aries.

Sepanjang STL musim ini, Terengganu Turtles yang dikendalikan Mohd Faisal Muhammad berada di kedudukan keempat keseluruhan selepas meraih 60 mata.

Pencapaian terbaik adalah apabila mereka layak ke perlawanan akhir ketika beraksi di laman sendiri, namun tewas kepada KL Thunders yang cukup berkualiti sepanjang musim. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram