Melaka FC benam Bukit Tambun, tapi kekotoran Stadium Hang Jebat pula jadi persoalan


  • Podium
  • Ahad, 27 Okt 2024

Barisan pemain Melaka United meraikan kemenangan besar ke atas Bukit Tambun pada Sabtu. — Facebook/Melakafc

MELAKA United meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga A1 Semi Pro dengan menewaskan Bukit Tambun FC pada Sabtu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka itu menyaksikan pasukan tuan rumah tanpa belas kasihan menyumbat masuk empat gol menembusi pintu gawang pelawat.

Empat jaringan tersebut dicetak oleh Fuseini Issah dan Durrkeswaran yang masing-masing mencetak satu gol pada babak pertama, manakala dua lagi diledak oleh Nizaruddin Jazi dan Khairul Anwar Shahrudin.

BACA LAGI: Pasrah alami ACL, 'The Engineer' Selangor mahu pulang lebih awal

BACA LAGI: 'Luka yang melukakan', skil Milunovic, kesilapan Shivan punca Perak FC biar Sang Penyu curi mata

WhatsApp Image 2024-10-27 at 18.41.46 (1)

Sebahagian aksi antara Melaka United (jersi merah) bertemu Bukit Tambun. Facebook/Melakafc

Namun, yang menjadi perbualan peminat bukanlah kemenangan besar tersebut, tetapi keadaan tempat duduk penonton yang dilaporkan kotor.

Masalah tersebut dilontarkan oleh salah seorang penyokong setia bola sepak tanah air, Bali Era di laman Facebook.

Penyokong itu sempat menyuarakan pandangannya tentang keadaan tempat duduk penonton di stadium.

"Minta maaf nak cakap tapi keadaan tempat duduk penonton kotor, pihak stadium stadium tiadakah kakitangan untuk membuat pembersihan?.

"Penyokong masuk berbayar bukan percuma, jadi minta kepada pihak stadium untuk melakukan pembersihan tempat duduk," katanya.

Susulan itu, terdapat juga penyokong yang mendedahkan bahawa masalah tersebut sudahpun dimaklumkan kepada pihak berwajib namun tiada tindakan yang diambil untuk memperbaikinya.

"Salam bang, benda ini sudah pernah dimaklumkan kepada pihak pengurusan tapi tiada hasil, stadium under Majlis maka kebersihan hanya buat waktu bekerja, malam-malam tak layan," kata Gobinathan Perumal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram