KUALA Lumpur (KL) Thunders sekali lagi membuktikan keunggulan dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) musim ini apabila menjuarai Grand Prix (GP) Penang pada Ahad.
Mereka yang bertemu Perak Bison dalam perlawanan akhir mudah mengatasi pasukan itu dengan keputusan 15-12, 15-10 untuk muncul juara buat kesemua edisi GP setakat ini.
Kemenangan itu sememangnya cukup manis buat pasukan Lembah Klang berkenaan kerana pada set pertama, mereka ketinggalan dengan perbezaan beberapa mata sebelum mempamerkan kebangkitan.
BACA LAGI: [VIDEO] 10 tahun jaring tak pernah koyak, servis Sobey pecah rekod STL
BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum bintang Perak, Syafiq Ahmad antara 3 bintang Liga Super pernah layan STL
Bagi mereka, kemasukan tekong pasukan kebangsaan, Syahir Rosdi merupakan kunci di sebalik kejayaan itu dengan dia adalah watak utama mereka dalam kesemua perlawanan musim ini.
"Apabila masuk sahaja Syahir, terus pucat muka tekong Perak, Kritsada (Sunwung). Tahniah buat KL dan tahniah juga Perak Thunders yang berada di kedudukan kedua," kata Wan's Cumi.
"Syahir masuk ketika KL ketinggalan 9-11, terus sahaja menang 15-12. Ketika Syahir masuk, kami sekeluarga dan gelak dan memikirkan Syahir sudah dimasukkan," kata Zamri Shah.
"Laju betul servis Syahir Rosdi, Kritsdada kena beberapa kali. Meor (Zulfikar) kena sampai tak sempat nak angkat kaki, tahu-tahu sahaja bola sudah tiba," kata Muhamad Sharif Mohd Husin.
Sebelum ini, KL Thunders sudah meraih tiga kemenangan berturut-turut, iaitu ketika GP Selangor, Terengganu dan Perak dengan ia diraih hasil kualiti dimiliki mereka.
Bagi Perak Bison pula, mereka pasti mengharapkan kenangan manis dalam GP Johor akan datang untuk sekurang-kurangnya menamatkan dominasi pasukan itu dalam kempen STL musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram