[VIDEO] STL 2024: KL Thunder lakar hatrik tawan GP Perak tapi fans tak restu 'killer' pilihan milik Perak Bison


  • Podium
  • Ahad, 13 Okt 2024

Menurut peminat bola rotan, perejam KL Thunder, Azlan lebih layak untuk memenangi killer pilihan bagi GP Perak.

KUALA Lumpur (KL) Thunder berjaya melakar kejuaraan hatrik dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 apabila mudah menewaskan Selangor Pistons straight set (15-10,15-11) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada Ahad.

Memegang gelaran sebagai juara GP Selangor dan GP Terengganu sebelum ini, KL Thunder nyata tidak berdepan masalah untuk sekali lagi tampil cemerlang dalam GP Perak.

Gandingan Zarif Merican Ibrahim (tekong), Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dan Azlan Alias sebagai perejam jelas berada di kelas tersendiri untuk mencatatkan kemenangan mudah 15-10 dalam set pertama.

BACA LAGI: [VIDEO] STL 2024: 'Killer dah ukur gelanggang dulu', Perak Bison tundukkan ATM Guardians di laman sendiri

BACA LAGI: [VIDEO] 'Baru best tengok takraw Malaysia, aksi final regu Lembah Klang tanpa import jadi tumpuan

Enggan akur dengan kekuatan KL Thunder itu, Selangor Pistons yang dibarisi oleh oleh tekong muda Zuhri Zin, Arif Badri (apit kiri) dan Ariff Daniel (perejam) pada set kedua berjaya memberikan cabaran kepada lawan apabila meraih keputusan 11 mata.

Meskipun berjaya melakar hatrik dalam GP Perak namun rata-rata penyokong bola rotan itu tidak merestui apabila perejam Perak Bison menjadi killer pilihan dalam aksi tersebut.

Menurut mereka, perejam KL Thunder, Azlan lebih layak untuk memenangi kategori killer pilihan tersebut.

“Tahulah main dekat Perak, tapi kalau killer patut dapat Azlan Alias kerana kemampuan blocking, rejaman padu, dan pertahanan padu, tidak boleh disangkal lagi, dia killer terbaik,” kata Emi Emi.

“Azlan bijak, mainan tak perlu pun libasan padu, tak menang killer pilihan terbaik pun tak apa, Azlan tetap terbaik,” kata Nuruddin Deen.

“Azlan patut dapat killer terbaik, Noraizat Nordin tak sesuai sebagai killer pilihan,” kata Danish Akim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram