Bekas jurulatih boling bebas tuduhan amang seksual atlet lelaki SUKMA


Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk membebaskan Mat Salleh Jalani (tengah). — Agensi

MAHKAMAH Tinggi Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis membebaskan seorang bekas jurulatih boling daripada hukuman penjara atas tuduhan mencabul atlet lelakinya, tujuh tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun dengan maksud mencabul kehormatan.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk membebaskan Mat Salleh Jalani, 61, dari hukuman berkenaan.

BACA LAGI: Adik keeper pinjaman Perak ikut jejak langkah, mahu bukti bakat di pentas SUKMA

BACA LAGI: Sabah FC, NSFC dan Pantai Timur perlu bertindak segera berebut khidmat Kalamullah

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di dalam kereta di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah pada Mei 2017 sekitar pukul 5 petang.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang terpilih sebagai atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu sedang mengikuti kem latihan bagi menghadapi SUKMA 2018.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Januari lalu, Mahkamah Majistret mendapati tertuduh bersalah di akhir kes pembelaan dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bermula tarikh sabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Nadzir Abdullah dan Malisa Marzuki. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram