HARAPAN Penang FC untuk meraih lebih banyak kemenangan dalam saingan Liga Super 2024/25 terbantut selepas mereka hanya pulang dengan keputusan seri ketika berdepan Kuching City FC di tempat lawan pada Ahad.
Selepas mendahului dengan dua jaringan pada babak pertama, skuad Harimau Kumbang kemudiannya terikat apabila kealpaan barisan pertahanan gagal menyekat serangan tuan rumah.
Keputusan itu menyaksikan pasukan bimbingan Akmal Rizal Ahmad Rakhli hanya pulang dengan satu mata yang meletakkan mereka di tangga keenam selepas lapan perlawanan.
BACA LAGI: Gol Neto-Rodrigo tidak cukup kuat buat Penang, gagal bawa pulang 3 mata dari bumi Kuching
BACA LAGI: Bukan setakat Mintah-Kipre, Penang harus waspada kualiti Danial Amier lawan Kuching City
Aksi berdepan JDT adalah cabaran sukar buat mana-mana pasukan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Meskipun kedudukan berkenaan masih boleh diterima, kerapuhan benteng pertahanan ketika beraksi di Stadium Negeri Sarawak masih sukar diterima penyokong.
Manakan tidak, masalah itu dikhuatiri akan terus menghantui kelab Utara tanah air tersebut dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas ini.
"Lebih baik pulang dengan satu mata daripada tiada apa-apa. Bukanlah mudah untuk berdepan pasukan yang memiliki kepantasan dan kelajuan seperti Kuching City.
"Terlalu bersahaja beraksi pada separuh masa kedua. Rancanglah yang terbaik untuk berdepan JDT selepas ini, semoga yang terbaik buat Akmal Rizal dan Penang FC," kata DrMd Azree.
Skuad Harimau Kumbang mengalami kekalahan teruk kali terakhir berdepan JDT. — Facebook/Penang FC
"Persembahan sudah boleh diterima pada separuh masa pertama. Harap coach Akmal dapat menerapkan mentaliti pemain untuk sentiasa menyerang dan rakus dalam mencari gol kedua.
"Ini dapat dua gol separuh masa pertama terus main bertahan, kalau ada pemain yang mobiliti tak apa main defend, ini nak attack balik jadi sangkut.
"Perlawanan selepas ini pada 13 September akan berdepan JDT, harapnya dapatlah keputusan yang baik ketika bertemu mereka nanti," kata Mohamed Danish.
Kali terakhir skuad Harimau Kumbang berdepan juara bertahan Liga Super itu adalah dalam perlawanan terakhir musim lalu yang menyaksikan mereka tewas 0-8 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Skor itu sudah tentu dikhuatiri akan berulang memandangkan rekod serangan kelab Selatan tanah air berkenaan terus utuh musim ini dalam kesemua pertandingan domestik.
Bagi Penang FC pula, benteng pertahanan mereka sudah tentu dijadikan harapan, lebih-lebih lagi buat Richmond Ankrah serta Rafael Vitor yang digandingkan sebagai bek tengah pasukan setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram