Willian Lira yang ke UAE, nama Milos pula dipetik suruh ikut sama


  • Podium
  • Jumaat, 02 Ogos 2024

Penghijrahan Lira (tengah) ke Hatta Club juga disambut baik oleh penyokong Hijau Kuning. — Instagram/Lira

LUMRAH penyokong bola sepak akan sentiasa mengikuti perkembangan bekas pemain Liga Malaysia (Liga M) dengan alasan masih merindui sentuhan di atas padang meskipun mereka sudah terlalu lama meninggalkan saingan domestik.

Senario masih mengikuti perkembangan bekas pemain itu baru-baru ini berlaku dalam kalangan penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan mereka berkongsi kelab baharu bekas penyerang, Willian Lira.

Lira yang menyertai kelab Thailand, Chonburi FC pada jendela perpindahan Julai musim 2023 itu sekali lagi bertukar 'rumah' apabila baru sahaja diumumkan sebagai salah satu tonggak baharu pasukan Liga Pro UAE, Hatta Club.

BACA LAGI: Akmal Rizal mahu Penang guna kelebihan bangkit kalahkan KDN

BACA LAGI: Gigit jari atau tidur lena? Penang FC terlepas sain penyerang 'kesayangan' penyokong

Menerusi media sosial peribadi pemain kelahiran Brazil berkenaan, Lira berkongsi keterujaannya untuk mengambil cabaran baharu di persekitaran Timur Tengah untuk pertama kali dalam karier profesionalnya.

Penyerang berusia 30 tahun itu sebelum ini banyak bermain di saingan liga Brazil, selain menyalurkan perkhidmatannya dekat beberapa kelab di negara seperti Jepun, Indonesia, Thailand dan Malaysia.

"Sangat gembira untuk cabaran baharu saya, saya bersyukur kepada Tuhan untuk peluang baru. Mari mencapai semua matlamat kelab," katanya ringkas ketika pengenalan sebagai pemain baharu Hatta Club.

Perpindahan Lira ke Liga Pro UAE itu membuktikan bahawa kualiti persembahannya bersama Chonburi FC dengan dia telah meledak 15 jaringan dalam 35 penampilan dalam kesemua pertandingan di Liga Thailand termasuk Piala FA Thai dan Piala Liga Thai.

Menyoroti ruangan komen hantaran Lira, penghijrahan pemain bertubuh sasa ke Hatta Club juga disambut baik oleh penyokong Hijau Kuning tetapi pada sama mereka juga membuat satu permintaan.

"Suruh Lira bawa sekali Milos boleh tidak," kata penyokong Kedah, Nas'z Rey yang seolah-olah sudah tidak lagi menerima kelibat penyerang itu bersama Sang Kenari.

"Pindah-randah juga Lira ini, patutnya boleh bawa Milos sekali," komen salah seorang penyokong Sang Kenari, Peduihh Hamid.

Permintaan yang dimaksudkan penyokong ialah mencadangkan agar kelab tersebut atau mana-mana pasukan merekrut penyerang semasa mereka iaitu Milos Gordic kerana tidak tahan dengan mutu permainan kurang memberangsangkan pemain dari Serbia itu.

Tahap marah penyokong Kedah terhadap Milos menjadi-jadi apabila pemain berusia 31 tahun itu cuma menjaringkan satu gol setakat ini. Itu pun apabila berdepan kelab Liga A1 Semi-Pro, Bukit Tambun FC dalam Piala FA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram