'Cukup tak bercakap beberapa jam', ramai nasihat ibu bapa jangan terlalu kasar ajar anak


  • Massa
  • Jumaat, 12 Jul 2024

Ibu bapa disarankan agar tidak terlalu kasar dalam mengajar atau mendidik anak. — Gambar hiasan/Agensi

BEBERAPA hari lepas, masyarakat dikecohkan dengan kes seorang remaja yang dibiarkan tidur di kaki lima rumah pangsapuri kos rendah di Pasir Gudang, Johor.

Ia mula menimbulkan kemarahan orang ramai apabila tindakan remaja lelaki berusia 13 tahun itu adalah berpunca daripada ibu bapanya yang menghalangnya daripada memasuki rumah.

Remaja bagaimanapun berjaya diselamatkan pihak berkuasa selepas empat hari berada dalam keadaan tidak terurus di kaki lima tersebut.

BACA LAGI: Sengaja paksa anak remaja tidur di koridor flat 4 hari berturut-turut, ibu bapa ditahan polis di Pasir Gudang

BACA LAGI: Ajal pulang mengaji, remaja bonceng motor maut bertembung lori di Kuala Lipis

2796231

Remaja yang terpaksa tidur di kaki lima rumahnya selama empat hari.

Perkara itu sekali gus meraih perhatian warga maya yang turut bersimpati atas nasib remaja itu.

Mengulas lanjut, seorang pengguna Facebook Zyta Ryan menggesa para ibu bapa lain untuk tidak bertindak terlalu kasar sehingga memudaratkan anak.

Menurutnya, terdapat cara lain yang lebih berkesan dalam mendidik atau mengajar anak membetulkan kesilapan.

"Ada cara nak memulau tujuan mengajar. Pada saya, cukup tak bercakap beberapa jam, anak sendiri akan sedar dan minta maaf.

"Kita mengajar sambil belajar dari kesilapan," cadangnya.

553

Ibu bapa digalakkan mengajar anak sesuai dengan situasi dan keadaan semasa. — Gambar hiasan/Agensi

Ia turut disokong Hana Sahaman apabila menyuarakan tentang situasi yang dihadapi oleh anak tersebut.

"Nak hukum pun berpada-padalah. Tengok situasi itu kena atau tak. Umur baru 13 tahun, nanti kena culik atau samun ke.

"Rumah flat tempat orang lalu hari-hari tengok anak tidur dan membuang di tangga," komennya.

Bukan itu sahaja, ramai juga melihat bahawa cara mengajar anak perlu diubah sesuai dengan generasi sekarang.

"Nak mengajar anak pun jangan sampai macam itu. Ini bukan 70 atau 80-an. Apa pun aku doakan anak ini jadi baik bukannya jadi pendendam," luah Adam Fitri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram