Ajal pulang mengaji, remaja bonceng motor maut bertembung lori di Kuala Lipis


  • 112
  • Jumaat, 12 Jul 2024

Seorang remaja yang membonceng motosikal ketika mahu pulang dari mengaji terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang pada Khamis. — Facebook

SEORANG remaja maut apabila motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Gua, Kuala Lipis, Pahang pada Khamis.

Kemalangan berlaku ketika mangsa, Nor Arisya Nusniyah Azli, 14, bersama rakannya yang menunggang motosikal terbabit baru selesai kelas mengaji.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut.

BACA LAGI: Sengaja paksa anak remaja tidur di koridor flat 4 hari berturut-turut, ibu bapa ditahan polis di Pasir Gudang

BACA LAGI: Disyaki meninggal lebih 5 hari, mayat 2 wanita membusuk dalam kereta di Bukit Mertajam angkara terhidu gas helium

450595594_3752848351700480_6954798468948431634_n

Motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa dalam kejadian itu. — Facebook

"Dua remaja perempuan masing-masing berusia 14 tahun baru balik mengaji di Kampung Gua, menghala ke Kampung Padang Tengku.

"Apabila sampai di tempat kejadian di simpang tiga, motosikal berkenaan bertembung dengan lori yang bergerak di laluan terus," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ismail berkata, pemandu lori berusia 58 tahun itu pula dari arah Ladang Selborne dalam perjalanan balik ke Kampung Selindang, Pahang.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram