PADA Selasa, penduduk dikecohkan dengan video tular di media sosial memaparkan keadaan dinding gelas di sebuah hotel atau rumah inap desa di Cameron Highlands, Pahang yang dikatakan sedikit lut cahaya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pengendali X @mynewshub yang memaparkan bilik air hotel berkenaan dengan berkonsepkan cermin lut cahaya secara jelas memperlihatkan susuk individu di dalam ruangan itu.
Menurut sumber asal hantaran itu, Lieza Wati mendakwa bahawa penghuni inap desa terbabit berkemungkinan tidak menyedari perkara itu kerana pantulan dalam bilik air tersebut tidak sama jika dilihat dari luar.
BACA LAGI: [VIDEO] Bagi signal saat akhir, tong gas melambung terkena kereta polis di Bukit Mertajam
Dinding gelas yang digunakan di dalam bilik air di Cameron Highlands. — Twitter
"Kesian mungkin dari dalam cermin tu gelap tapi dari luar sangat jelas. Bukan satu tapi tiga apartmen yang kami nampak, tengok dekat beranda pakai tudung semua. Puas tutup aurat tapi terbuka tanpa sedar," tambahnya.
Susulan kejadian tersebut, beberapa warga maya turut menceritakan pengalaman mereka ketika menghadapi situasi seperti itu.
"Pernah stay sini, memang dari dalam bilik air nampak blur saja cermin rupanya tak selamat," kata Mohsin Abdullah.
"Saya pernah menginap di hotel tu memang nampak bilik air boleh nampak jelas, saya tutup tingkap tu dengan kain kalau tak memang akan nampak semua," kata Ya Nur.
"Baru saja duduk dekat situ minggu lepas, betul-betul bawah pasar malam, tapi bilik air dia memang dia letak sticker ala-ala shade kereta tu," kata Mrs Azlan.
"Ingat lagi tiga tahun lepas pergi Cameron, bangunan depan pasar malam macam ni lah, orang lelaki mandi memang nampak bayang-bayang.
"Jadi tontonan orang dekat bawah, kesian tuan badan, tak kan dah 2024 hal yang sama masih berlaku, tiada perubahan," kata Areyu Yusoff.
"Dah berzaman free show, tak pasal-pasal dapat dosa kering," ujar Axie Rexy.
"Saya sewa yang Muslim punya nampak orang sebelah depan tu mandi tapi yang kami sewa tu dia dah tampal dengan kertas," kata Siti Fatimah Mohd Yusof.
"Nak inform juga tapi bukan semua tempat hanya beberapa saja, sebelum sewa kena tanya owner betul-betul tutup ke tak bahagian tu, isu ni dah lama, dari awal apartmen itu siap lagi," kata ClemiraHomestay Cameron Highlands. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram