BARU-BARU ini, masyarakat dikejutkan dengan berita mengenai isteri Harith Iskander, Dr Jezamine Lim yang mengesahkan bahawa dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Jun lepas.
Isu rumah tangga itu hangat diperkatakan memandangkan Dr Jezamine enggan memberi komen mengenai punca bertindak sedemikian.
Menerusi laman Facebook, ramai netizen yang tidak menafikan bahawa kehidupan rumah tangga merupakan satu perjalanan yang penuh mencabar.
BACA LAGI: Doktor ulas kes buah pinggang kering dihidapi anak kedua Eyra Hazali
Antaranya, seorang pengguna, Noraini Kaprawi beranggapan bahawa kehidupan sesuatu pasangan bergantung dengan ketentuan Tuhan sama ada memiliki liku yang berat mahupun tidak.
"Perkahwinan ini satu perjuangan kerana ada yang mencabar, ada juga yang kurang. Ada yang banyak menitiskan air mata. Ia memerlukan pengorbanan yang besar kadang kala," katanya.
Meskipun begitu, Noraini berharap agar jalan perpisahan yang dibuat tidak memberi kesan yang berat dalam kehidupan anak-anak.
"Bercerai sekalipun, kena ingat, jangan sampai ia mengorbankan anak-anak," katanya.
Selain itu, seorang pengguna, Roslida CW memetik kata-kata yang pernah diucapkan oleh pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.
"14 tahun pertama adalah cabaran yang sangat kuat bagi pasangan yang berkahwin. Sama ada kuat untuk bertahan atau terus mengalah," katanya.
Tidak hanya itu, pengguna lain, Ng Kok Hoe Daniel berharap agar individu yang mentertawakan soal penceraian rumah tangga orang lain tidak melalui hal yang sama.
"Mereka yang meletakkan emoji senyuman, saya harap anda tidak ketawakan mereka.
"Perjalanan hidup adalah hal yang sangat bersifat peribadi. Awak fikir, awak tahu apa yang mereka sedang lalui?," katanya.
Untuk rekod, Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram