SELEPAS mendirikan rumah tangga buat kali keempat pada 31 Mei lepas, barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit milik seorang pelakon, Barbie Kumalasari lesap begitu sahaja.
Barbie atau nama sebenarnya Kumalasari Mukhlisah mendakwa barangannya itu telah diambil oleh suami yang baru dinikahinya, Bagus Saputra sebelum bertindak melaporkan lelaki itu kepada pihak polis.
Pelakon Sinetron Bidadari itu berkata, sehingga kini dia masih berharap agar suaminya memulangkan barangan berharga tersebut kepada peguamnya, Sunan Kalijaga dan Agustinus Nahak meskipun sedar lelaki terbabit sudah menghilangkan diri.
BACA LAGI: Doktor ulas kes buah pinggang kering dihidapi anak kedua Eyra Hazali
BACA LAGI: Perut busung tak semestinya gara-gara sihir, ketahui penjelasan doktor perubatan
Barang kemas Barbie (kanan) lesap diambil Bagus (kiri) selepas sebulan kahwin.
"Apa pun terjadi, Bagus tetap kena hadapi proses mahkamah. Tengok sahaja masa hadapan macam mana.
"Ketika ini dia sudah melaporkan suaminya kepada Polis Metro Jaya berkaitan kes kecurian barangan perhiasan tersebut," katanya ketika ditemui di Studio Pagi-Pagi Ambyar Trans TV pada Selasa.
Sementara itu, peguam Kumalasari, Sunan Kalijaga dan Agustinus Nahak turut mendedahkan bahawa lelaki itu sudah beberapa kali mencuri sewaktu masih dalam fasa percintaan bersama Barbie.
"Proses undang-undang tetap akan diteruskan supaya dia boleh ambil pengajaran untuk tidak mencuri lagi.
"Apa pun alasan kecurian yang dilakukan, walaupun sehelai pakaian tetap dikira ambil hak orang lain.
"Biar mereka (peguam) yang uruskan. Saya juga boleh kerana saya seorang peguam, tapi dalam hal ini, saya adalah mangsa keadaan. Jadi baik bertemu dengan mereka (Sunan dan Agustinus). Gentle lah," katanya.
Pada Ahad lepas, Barbie membuat mengakui bahawa dia sudah bergelar janda. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram