BARU-BARU ini, pelakon Eyra Hazali tidak menyangka anak keduanya, Endra Haqimie disahkan mempunyai masalah buah pinggang kering.
Perkara itu mengejutkan ramai orang terutama para peminatnya dan juga peminat bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Pemilik nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali itu berkata, Endra mengalami muntah tanpa henti sebelum ditahan di hospital.
BACA LAGI: Perut busung tak semestinya gara-gara sihir, ketahui penjelasan doktor perubatan
BACA LAGI: Kes jantung menggelepar, beri CPR bergilir-gilir 3 minit bantu organ pam semula darah
Eyra mendedahkan bahawa anaknya, Endra mengalami masalah buah pinggang kering.
“Assalamualaikum semua. Mohon doakan Endra. Dia tidak henti-henti muntah dari Jumaat malam.
“Keputusan kami dapat adalah buang pinggang Endra sudah kering sangat,” katanya menerusi Instagram.
Masih kekal positif, isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli yakin anaknya akan pulih selepas mendapatkan rawatan.
“Insya-ALLAH dengan rawatan seterusnya, dia akan baik dan sekarang hanya perlu dipantau doktor,” katanya.
Usia anaknya yang masih kecil pastinya menyebabkan ramai bimbang akan masalah yang menimpa kedua pasangan sama cantik sama padan itu.
Bercakap soal itu, seorang pakar perubatan Hospital Putrajaya tampil menjelaskan tentang penyakit buah pinggang kering.
"Buah pinggang kering bukannya buah pinggang itu yang kering!," katanya.
Menurut Dr Rafidah, masalah buah pinggang kering yang diterangkan doktor menandakan bahawa badan seseorang kurang air ataupun kurangnya darah yang mengalir ke dalam buah pinggang.
Antara simptom yang perlu dirawat adalah apabila seseorang mengalami masalah cirit-birit.
"Kandungan air dalam badan anda rendah sebab keluar melalui cirit," katanya menerusi TikTok.
Rawatan yang biasa digunakan bagi kes terbabit adalah pemberian air drip atau intravena (IV).
"Anda akan disuruh minum lebih," katanya.
Dengan bertindak sedemikian mampu menyebabkan isu masalah buah pinggang kering selesai.
"Buah pinggang dan hidrasi badan sudah okay apabila isunya selesai. Tidak payah buat apa-apa cumanya ikut arahan doktor," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram