Formula subsidi diesel mula berhasil? Ramai bongkar dalang seludup lepas operator bas, pelancongan Singapura naik harga servis


  • Massa
  • Ahad, 16 Jun 2024

Tindakan syarikat bas dan pelancongan Singapura untuk menaikkan harga susulan penyasaran subsidi diesel menimbulkan pelbagai persoalan kepada rakyat Malaysia. — Gambar hiasan

BARU beberapa hari usaha penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan Malaysia, pelbagai luahan dan keluhan disuarakan masyarakat.

Pelaksanaan tersebut tidak dinafikan memberi kesan kepada para pengguna diesel terutamanya dalam sektor pertanian, logistik termasuk pelancongan.

Namun lebih mengejutkan orang ramai apabila pengusaha bas dan pelancongan Singapura pula mula bertindak mahu menaikkan harga perkhidmatannya susulan penyasaran subsidi diesel itu.

BACA LAGI: Belum masanya struktur semula subsidi RON95 — Pakar

BACA LAGI: Sikap 'boleh je' punca budaya cop parkir PPR 'tidak nampak bayang' akan selesai

1599912

Syarikat bas dan pelancongan Singapura dikatakan terkesan dengan penyasaran subsidi diesel di Malaysia. — Gambar hiasan/Agensi

Pada Sabtu, satu laporan dikeluarkan oleh CNA Singapura mengatakan bahawa para penumpang bas atau pelanggan menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan melintasi sempadan negara itu akan dijangka membayar harga lebih mahal.

Dalam laporan itu, Singapore Cab Booking yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan antara kedua-dua negara berkata, kenaikan 50 peratus harga diesel adalah hampir sama dengan harga di Singapura ditambah dengan pembayaran tol.

Ketua Pegawai Eksekutifnya memaklumkan hasratnya untuk meningkatkan harga sekurang-kurangnya 20 peratus dalam beberapa bulan akan datang untuk pakej baharu.

Perkara itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi dan tidak kurang juga kecaman hebat daripada majoriti rakyat Malaysia yang mempersoalkan tindakan pengusaha Singapura.

2750852

Harga diesel ditetapkan pada kadar RM3.35 bermula 10 Jun lepas. — Gambar hiasan/The Star

Hal ini kerana, rata-ratanya juga beranggapan bahawa penyasaran subsidi diesel itu akhirnya membongkar perbuatan menyeludup oleh sesetengah pihak atau syarikat di Singapura yang tidak bertanggungjawab.

"Oh wow, patutlah bising rupanya lama dah lama bocor kat situ. Teruskan buat subsidi bersasar tu. Dah nampak satu persatu dalang-dalang salah guna subsidi ni kantoi sendiri," komen @Deegee4646.

"Maksudnya, keputusan kerajaan untuk potong subsidi dan bagi pada hanya yang layak buahkan hasil lah? Adakah syarikat dari Singapura gunakan minyak subsidi Malaysia? Siasat jangan tak siasat," tulis @pudseposen.

"Buat perniagaan di Singapura, isi minyak kat Malaysia. Pakai minyak subsidi. Bagus isi tembolok (tamak) profit gila. Padan muka dah tak ada subsidi," luah @techsupremo.

Pada 10 Jun lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan penyasaran subsidi diesel bagi mengurangkan beban negara sebanyak RM4 bilion sebulan manakala penjimatan itu akan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram