TULAR di media sosial seorang penyokong bertindak menerjah ke arah Cristiano Ronaldo ketika perlawanan Portugal menentang Georgia dalam kejohanan Euro 2024 yang berlangsung pada Khamis.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku usai tamat perlawanan Kumpulan F dengan menyaksikan Portugal tewas 0-2 di tangan Georgia.
Menerusi satu hantaran di laman Twitter, Ronaldo yang diiringi oleh staf keselamatan dilihat menuju ke bilik persalinan secara tiba-tiba diterjah oleh seorang lelaki dipercayai penyokong.
BACA LAGI: Dari awal Liga M dilabel liga sarkas angkara 3 hukuman MFL bikin panas fans
BACA LAGI: Piala FA: Hilang 4 tonggak utama, Kim Swee masih ada pelan B
Terkejut dengan aksi lelaki itu, salah seorang staf keselamatan pantas mematahkan tindakan penyokong berkenaan yang melompat dari arah tempat duduk penyokong.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat bahawa peminat berkenaan hanya mahu mengambil gambar dengan bekas bintang Man United itu.
Namun, tindakannya itu mendapat kecaman kerana dianggap boleh mencederakan bintang Al Nassr tersebut.
"Mungkin nak ambil gambar saja tapi tidak sesuai main lompat macam tu," kata @joecaroll34743.
"Niat nak ambil gambar mungkin tapi macam nak terjah pun ada, ni kalau kena Ronaldo, boleh cedera member tu," kata @JaguarGator.
"Nasib baik cepat security tu bertindak, kalau tak mesti kena Ronaldo, tiada cara lain ke nak ambil gambar," kata @Mota.
Dalam aksi tersebut, penyudah menarik Khvicha Kvaratskhelia seawal dua minit permainan dan penalti Georges Mikautadze pada minit ke-57 memastikan Georgia meraih kemenangan penuh bermakna dalam sejarah negara itu.
Dengan kemenangan itu, Georgia berjaya menempah tiket ke pusingan 16 bersama-sama Portugal yang sudah pun layak selepas meraih dua kemenangan dengan mengutip enam mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram