SEORANG wanita yang meluahkan rasa berang berhubung tindakan warga emas memasang pintu di koridor pangsapuri di Puchong, Selangor pada Ahad lepas kini boleh menarik nafas lega.
Sebelum ini, kecoh di media sosial dengan sikap tidak prihatin dan bertanggungjawab warga emas itu kerana mengganggu laluan keluar masuk penduduk lain.
BACA LAGI: Selesaikan masalah rakyat lebih efektif, 3 isu KPKT perlu beri fokus pada 2024
Terbaharu, wanita bernama Noor Haswanis Hassan, 33, memberitahu bahawa pintu tersebut sudah dicabut semula.
"Alhamdulillah, dalam masa beberapa hari je, gril kayu tu dah tak ada, saya tak tahu macamana kejadian tu berlaku. Saya tak ada masa gril tu dirobohkan.
"Ada jiran bagi tahu, ada pihak berkuasa datang jumpa pakcik tu. Mungkin dia tu yang cabut sendiri," katanya kepada Majoriti.
BACA LAGI: 'Kes B40 jadi T20,' jiran dapat surat amaran isu pasang pintu di koridor pangsapuri Puchong
Katanya, sehingga saat ini, pihak pengurusan rumah masih belum mengambil sebarang tindakan berhubung perkara itu.
"Sebab management memang belum ambil tindakan. Semalam baru saya isi borang aduan dekat pejabat tahu-tahu dah hilang pintunya," katanya lagi.
Sebelum ini, tular video memaparkan pintu kayu dipasang di tengah laluan koridor kerana tidak mahu kucing memasuki kawasan rumahnya.
Majoriti ada menghubungi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), namun masih belum menerima maklum balas setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram