PM Anwar bakal umum berita baik berkaitan item makanan — Fahmi Fadzil


  • Primer
  • Sabtu, 15 Jun 2024

Fahmi berkata, pengumuman terbabit merupakan hasil kerjasama dan persefahaman yang baik antara kerajaan dan sektor perindustrian dalam usaha membantu rakyat.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan berita baik mengenai barangan makanan pada Ahad, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, pengumuman terbabit merupakan hasil kerjasama dan persefahaman yang baik antara kerajaan dan sektor perindustrian dalam usaha membantu rakyat.

BACA LAGI: PKR ada kelebihan jika ikut trend, PAS perlu elemen lain pertahan Sungai Bakap

BACA LAGI: Nasib 6 MP BERSATU: Tak mustahil diterima kembali jadi calon, singkap sejarah Umno terima semula ahli parti

"Kita tunggu pengumuman Perdana Menteri esok (Ahad). Ia melibatkan beberapa makanan biasa yang kita makan setiap hari, jadi ada berita baik daripada Perdana Menteri, tidak lebih daripada itu.

"Tetapi ini menunjukkan bahawa apabila kita mendapat kerjasama baik daripada sektor perindustrian, kerajaan, dan persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, kita dapat membuat pengumuman seperti akan dibuat Perdana Menteri esok," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Mydin Mart Pantai Dalam dan mengagihkan sumbangan Aidiladha kepada penduduk di kawasan Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Ketika ditanya sama ada pengumuman itu berkaitan beras, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menggesa semua pihak menunggu pengumuman khas daripada Perdana Menteri pada Ahad ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram