Kecewa tersingkir penentuan penalti, isu gaji lemahkan mental mana-mana pemain termasuk Sri Pahang


  • Podium
  • Sabtu, 15 Jun 2024

Skuad Tok Gajah yang terpaksa akur dengan kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti kepada Penang FC dalam aksi Piala FA. — Facebook/Sri Pahang FC

KEKALAHAN Sri Pahang FC dalam perlawanan Piala FA menentang Penang FC di Stadium Temerloh, Pahang pada Jumaat mula menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi orang ramai.

Ia selepas pasukan itu tidak bernasib baik dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Kekecewaan itu sekali gus membuatkan para penyokong Tok Gajah mengaitkan ia dengan masalah pengurusan gaji pemain.

BACA LAGI: Tiga tonggak Sri Pahang luah sedang 'diuji', petunjuk halus alami isu kewangan

BACA LAGI: Drama penalti, perang mulut dengan import Eropah punca Kpah ‘merajuk’ tak ambil sepakan?

448163251_841629241332442_9206159104985009660_n

Perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. — Facebook/Sri Pahang FC

Rata-rata warga maya beranggapan bahawa isu tersebut berkemungkinan melemahkan mental pemain untuk lebih bersemangat ketika perlawanan itu.

"Sejujurnya salah pihak pengurusan, mungkin isu gaji tak dibayar melemahkan mental pemain untuk berjuang habis-habisan untuk raih kemenangan," komen Fadzil Hafiz.

Ada juga yang turut bersimpati dengan nasib pasukan itu dan meletakkan sepenuh kesalahan terhadap pihak pengurusan kerana tidak menjaga kebajikan pemainnya.

"Aku faham je beberapa pemain terkesan dengan isu masalah gaji, kalau aku jadi korang pun aku pun merentan. Tiga bulan tak bayar gaji, pemain lain dah dapat, kita tak dapat dapat lagi.

"Aku tak salahkan pemain dan diorang pun ada keluarga nak bagi makan dan komitmen nak selesaikan. Benda kena tunding jari 100 peratus dekat pengurusan," tulis @TwtBolaPahang.

2748291

Tangkap layar hantaran Insta Story pemain Sri Pahang berhubung dakwaan isu gaji pada Jumaat.

Tidak dinafikan masalah tersebut sedikit sebanyak mengganggu fokus pemain malah beberapa pemain dari pasukan itu juga pernah memberi petunjuk halus mengenai masalah kewangan yang berkait rapat dengan tunggakan gaji sebelum ini.

Beberapa petunjuk itu pernah diberikan oleh penjaga gol Sri Pahang, Muhammad Azfar Arif, penjaga gawang nombor satu Pahang, Zarif Irfan dan Syazwan Andik.

Ketiga-tiganya juga memberikan sindiran sinis kepada pihak pengurusan lebih-lebih lagi ia dikatakan berlaku sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April lalu dan berlanjutan sehingga Hari Raya Aidiladha pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram