Pelaksanaan DGP sasar 1,000 majikan, tak terpakai untuk pekerja asing — KESUMA


  • Massa
  • Khamis, 06 Jun 2024

Projek Rintis Dasar Gaji Progresif melibatkan sebanyak 1,000 majikan yang meliputi lima sektor.

PELAKSANAAN Projek Rintis Dasar Gaji Progresif dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak boleh diaplikasikan kepada pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, dasar tersebut hanya memberi fokus untuk menyediakan beberapa inisiatif berkaitan gaji termasuk Perintah Gaji Minimum dan Sistem Upah yang dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS) kepada pekerja tempatan.

Steven juga berkata, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan projek tersebut mulai Jun ini hingga Ogos 2024 yang sekali gus melibatkan sebanyak 1,000 majikan berdasarkan prinsip 'first come first served'.

BACA LAGI: KESUMA akan hantar memo pertimbangan dasar berkaitan Laporan Interim Suruhanjaya Pekerja Gig

BACA LAGI: iMHome Property, KAB Gold tawar peluang miliki rumah impian hanya guna emas

photo1717678010 (1)

Steven memaklumkan bahawa kerajaan menyasarkan untuk melaksanakan projek itu sekurang-kurangnya dalam setahun.

Katanya, kerajaan turut menyasarkan untuk melaksanakan projek berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun termasuk prosedur pendaftaran selain mendapatkan maklum balas peserta dan pemegang taruh pada September ini.

"Projek ini pada masa sama dijalankan sebagai mekanisme untuk para majikan dapat menaikkan gaji pekerja dengan syarat mereka harus diberikan latihan kemahiran.

"Ia selari dengan matlamat kerajaan untuk mereformasi pasaran buruh dengan meningkatkan pendapatan pekerja selari dengan peningkatan produktiviti," katanya kepada pemberita ketika sesi Town Hall Projek Rintis Dasar Gaji Progresif di Kuala Lumpur pada Khamis.

Beliau menambah, kerajaan memberi peluang kepada para majikan untuk menetapkan latihan sesuai dengan pekerja mengikut kemahiran yang dikuasai.

photo1717678010

Seramai kira-kira 500 majikan yang sudah mendaftar dalam projek dasar tersebut.

Katanya, projek itu mempunyai tempoh penilaian dan keputusan kepada majikan bagi menyertai projek itu akan diberikan dalam masa terdekat.

"Dalam tempoh penilaian itu, pemantauan juga akan dilakukan kerana mungkin akan ada isu-isu berbangkit atau masalah lain yang boleh diatasi," jelasnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa seramai kira-kira 500 majikan buat masa ini yang sudah mendaftar dan memohon menyertai projek rintis itu sejak pendaftaran dibuka pada 1 Jun lalu.

Pembabitan 1,000 syarikat dalam projek rintis itu juga meliputi lima sektor iaitu pembuatan, pembinaan, perdagangan borong dan runcit serta pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, maklumat dan komunikasi serta aktiviti profesional, saintifik dan teknikal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram