PERAK FC mencipta kemenangan sulung Liga Super musim ini selepas berjaya mencipta kejutan di gelanggang lawan dengan menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 pada Jumaat.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah itu, penyerang import The Bos Gaurus (TBG), Lee Tae-Min menjadi tumpuan selepas berjaya menyumbat dua gol bagi membantu pasukannya meraih kemenangan.
Pemain kelahiran Korea Selatan itu dilihat cukup klinikal menerusi kedua-dua gol yang dihasilkannya pada minit ke-16 dan ke-77.
BACA LAGI: Simbah asid Faisal Halim: Polis siasat kaitan 3 lagi serangan
Sebahagian aksi cemerlang penjaga gol Perak FC, Ramadhan Hamid dalam menyekat serangan Sang Kenari. — Facebook/Perakfc
Selepas ketinggalan 0-1, anak buah Nafuzi Zain dilihat menggandakan asakan mereka khususnya ketika memasuki separuh masa kedua.
Malah, skuad Sang Kenari juga membuat pertukaran dengan membawa masuk pemain tiga pemain penyerang pada miniti ke 71 iaitu Ebenezer Assifuah, Fadzrul Danel, Faiz Nasir.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pasukan tuan rumah dengan beberapa peluang terhidang gagal disudahkan dengan baik.
Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong berasakan import Perak FC, Tae-min sudahpun mendapat rentak permainan dalam perlawanan ketiga Liga Super.
Malah, tidak sedikit juga yang memuji persembahan yang ditampilkan oleh pemain kelahiran Korea Selatan itu.
"Nampak Tae-min ni dapat sudah rentak permainan yang bagus, terbaik Perak FC," kata Amirul Hadi.
"Permainan laju dan pantas, terbaik perak FC dapat sign penyerang yang tajam," kata Aizat The Yob.
"Tak sia-sia Perak ambil penyerang muda Korea itu, nampak ada keserasian dengan pasukan," kata Mohd Affiq.
Untuk rekod, dua perlawanan Liga Super sebelum ini menyaksikan Perak FC tewas di tangan Terengganu FC dengan keputusan 1-3 dan PDRM FC (2-3). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram