BARU-BARU ini, pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sinonim dengan panggilan TMJ berkenan mengurniakan rumput jenis hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur yang merupakan gelanggang keramat buat Harimau Malaya.
Sebelum ini, kos penanaman rumput Zeon Zoysia di SNBJ turut ditaja oleh pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan.
Rumput Zeon Zoysia yang digunakan SNBJ akan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sport City yang sering digunakan oleh pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Dengan adanya rumput hibrid tersebut, kualiti padang SNBJ tampak dijamin menjadi lebih baik dan tidak akan mengganggu sebarang perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Malaya.
Meskipun begitu, menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, stadium tersebut dilaporkan akan menganjurkan satu lagi konsert pada Mei nanti.
Bukit Jalil akan menjadi lokasi kepada persembahan artis dari India, Harris Jayaraj dengan dia akan menemui peminatnya pada 25 Mei.
Tempoh konsert tersebut adalah begitu dekat dengan aksi terakhir kelayakan Piala Dunia melibatkan Malaysia dan Chinese Taipei yang dijadualkan akan turun beraksi pada 11 Jun, dua minggu selepas konsert itu diadakan.
BACA LAGI: Bek import baharu Sabah diduga bakal 'lubuk' JDT, sukar kekang asakan kelab Liga M
TMJ berkenan menyumbangkan rumput jenis hibrid ke SNBJ. — Facebook/JST
BACA LAGI: Perak Bison makin 'terbiasa', sistem 15 mata bagus cuma perlu tambah set
Meskipun begitu, pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac mengatakan yang konsert kali ini tidak akan menggunakan bahagian tengah padang namun akan menggunakan kawasan balapan yang digunakan untuk acara olahraga.
Walaupun diberikan jaminan sedemikian oleh Hans, namun begitu keraguan tetap ada dalam kalangan penyokong mengenai keadaan padang yang mungkin sedikit sebanyak tetap akan terjejas kerana konsert tersebut.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata 'pemain ke-12' Harimau Malaya berpandangan bahawa penukaran rumput di padang SNBJ tidak akan membuahkan hasil sekiranya pihak pengurusan stadium tidak ditukar.
"Pengurusan padang SNBJ akan lebih baik tanpa Hans Isaac, formula ke laut yang sangat memalukan diri sendiri dan negara bahkan menjahanamkan performance pemain atas padang," kata Gie Deon.
"Letak jawatan sajalah semua dalam PSM, tahu memalukan negara saja, padang pun tak reti nak urus," kata Art Amad.
"Dah tak tahu berapa kali TMJ tolong Malaysia, aku respect dengan TMJ cara dia manage team, anak raja yang ada semangat dan betul-betul minat bola," kata Nuraiman Fitri.
"Macam-macam TMJ buat untuk kemudahan bola sepak negara, taja Zeon Zoysia tak reti jaga sekarang bagi rumput hibrid pula, tapi pengurusan stadium buat tak tahu," kata Ngopi Surya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram