MENJELANG pembukaan kempen Liga Malaysia (Liga M) Mei nanti, pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim antara kelab yang agresif melakukan persediaan pramusim untuk mengekalkan kejuaraan domestik.
Selain pasukan kendalian Hector Bidoglio itu, Selangor FC, Terengganu FC antara kelab yang ketika ini sudahpun 'memanaskan enjin' mereka.
Bagaimanapun, tidak seperti kelab Liga Super yang lain, majoriti penyokong Sabah FC sebaliknya menganggap skuad Sang Badak itu lewat untuk mengadakan perlawanan pramusim.
Berbaki kurang daripada sebulan sebelum sepak mula, Sabah FC dalam satu kenyataan pada Isnin baru sahaja mengumumkan akan mengadakan perlawanan pramusim.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dijadualkan akan berdepan kelab Liga M3, Melaka FC sebagai perlawanan pemanas badan yang berlangsung di Stadium Likas Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu (20 April).
BACA LAGI: Ada waktu kita dipuji melambung, ada waktu kita dihina — Faisal Halim
Kemunculan Haris Stamboulidis (kiri) di atas padang paling dinantikan oleh penyokong Sabah FC. — Facebook/Sabahfc
Pastinya aksi pemanas badan tersebut salah satu inisiatif untuk membantu The Rhinos meningkatkan tahap kecergasan menjelang pembukaan Liga Super pada Mei nanti.
Meskipun gembira dengan pengumuman tersebut, terdapat segelintir penyokong Sang Badak tidak berpuas hati dengan tindakan admin Sabah FC yang didakwa kurang profesional.
"Mahu ditegur dulu baru mahu kasih info," kata Zulriezal Syde.
Menjawab komen tersebut, admin Sabah FC itu mengeluarkan kata-kata yang kurang profesional sebagai individu yang mengendalikan akuan salah satu kelab Liga Super tersebut.
"Tak perlu kena tegur, memang ada dalam plan, sabar saja kamu," kata admin berkenaan.
Tampil membalas kembali komen tersebut, Ahmad Adam dalam ruangan komen memberi pandangan agar individu tersebut perlulah bersikap profesional.
"Relax bah kau admin, bersikap profesional sikit kau, kasih sama orang lain pegang ni account admin, bikin malu kumpulan saja kau ni, macam budak-budak menjawab begini, terus macam kelab kampung saya rasa," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram