Termakan umpan, fans Garuda cabar Harimau Malaya turun menentang Indonesia


  • Podium
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Indonesia kini gah selepas tiga kali menewaskan Vietnam secara berturut-turut. — Agensi

PERMUSUHAN antara dua negara iaitu Malaysia dengan Indonesia dianggap sebagai perseteruan terbaik dalam bola sepak Asia.

Sejak Piala Asia 2023 berakhir, pergerakan kedua-dua pasukan menyaksikan jalan berbeza diambil baik buat Harimau Malaya atau Garuda.

Harimau Malaya mencatatkan rekod kurang baik apabila hanya seri sekali dan tewas empat kali dalam lima perlawanan kompetitif terakhir mereka.

Sementara Garuda pula mencatatkan peningkatan mendadak apabila berjaya menewaskan Vietnam sebanyak tiga kali berturut-turut hinggakan mereka berjaya memintas Malaysia dalam ranking FIFA.

Namun begitu, Malaysia tetap memegang rekod hebat apabila berjaya meraih keputusan seri dengan Korea Selatan apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2023.

BACA LAGI: Status ke Piala Uber masih tergantung, Pearly-Thinaah terima apa saja keputusan BAM

whatsapp-image-2024-03-26-at-20-20240326085707

Indonesia mencipta kejutan apabila menumpaskan Vietnam 3-0 di Hanoi. — Agensi

BACA LAGI: 'Ada gentlemen agreement', Selangor selit syarat berbeza dalam pinjaman 2 pemain ke Penang

Ia kemudiannya telah membuatkan sebuah laman iaitu onefootball.my mencadangkan kepada Indonesia untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan untuk membuktikan kehebatan mereka.

"Indonesia sudah atas kita. Kalau Indonesia bagus sangat, cuba adakan satu perlawanan persahabatan dengan Korea Selatan. Jika tak boleh seri bermakna Malaysia masih di atas Indonesia," kata akaun itu sambil meletakkan emoji pembaris.

Nyata mereka tidak lebih daripada cuba untuk mengumpan penyokong Indonesia dan ia berjaya memerangkap pendukung Garuda yang geram lalu mencabar Malaysia untuk berdepan mereka.

"Adakah Malaysia lawan Indonesia dululah, nanti baru kita lawan Korea Selatan," kata penyokong Indonesia menggunakan akaun Perwira Mertabak Ros.

"Kenapa tak adakan friendly lawan Malaysia saja?," soal Abu Aqila.

"Lucu betul mereka ya? Kalau betul nak tengok siapa lebih baik, elok diadakan perlawanan Malaysia lawan Indonesia terus," komen Nur Widodo pula.

Keyakinan itu jelas terpancar dalam jiwa penyokong Indonesia ketika ini. Mana tidaknya, persembahan pasukan mereka menunjukkan peningkatan serta projek naturalisasi mula membuahkan hasil.

Dengan ranking kini berada di depan Malaysia, pastinya mereka berasa lebih megah kerana begitu jarang dapat memintas musuh tradisi mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram