[VIDEO] Gardenia NuMee lancar mi laksa kari, lantik Fasha Sandha sebagai duta


  • Bizz
  • Selasa, 26 Mac 2024

Pelancaran laksa kari Gardenia NuMee Signature di Majlis Berbuka Puasa Bersama Gardenia NuMee dan Fasha Sandha di Shah Alam pada Selasa. 

PENGELUAR roti terkemuka negara, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd melancarkan produk terbaharu dalam rangkaian premiumnya iaitu mi laksa kari.

Pengenalan produk itu dibuat pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Gardenia NuMee dan Fasha Sandha di Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Pelancaran laksa kari Gardenia NuMee Signature di majlis tersebut bukan sekadar untuk memperkenalkan produk baharu, malah memberi peluang setiap individu menikmati sendiri keistimewaan produk premium itu.

Produk premium signatur itu adalah intipati laksa kari tradisional dengan sentuhan moden yang menampilkan kuah pekat dan berkrim, rasa yang istimewa, aroma memukau dan mi kenyal yang bakal menjadi pilihan baharu para penggemar mi segera.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Aduan ini bersifat fitnah', MDKP sifatkan video tular nasi kerabu berulat cuba burukkan bazar di Kuala Pilah

Menampilkan artis jelita sebagai duta, kehadiran Fasha Sandha dilihat sangat memberikan impak yang positif kepada imej dan pengenalan jenama Gardenia NuMee.

Gardenia NuMee memilih Fasha Sandha kerana menganggap artis popular itu sebagai ibu bekerjaya yang mampu memberi inspirasi buat golongan ibu-ibu di luar sana.

Ini kerana, meskipun sibuk menguruskan kerjaya, Fasha Sandha yang juga pembeli utama produk berkenaan masih sempat menyediakan hidangan istimewa buat keluarga tercinta.

Malah, ketika ditanya mengenai penyediaan makanan buat keluarga tercinta, Fasha Sadha mengakui dia lebih suka memasak di rumah berbanding membeli di luar.

Gardenia NuMee juga yakin produk terbaharu ini berjaya memikat hati seluruh rakyat Malaysia degan ramuan unik pelbagai rasa dan aroma.

Mula dijual pada 25 Mac 2024 pada harga RM6.99, produk terbaharu ini boleh didapati di semua peruncit utama dan kedai-kedai serbaneka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram