SETIAP unit rumah termasuk flat atau pangsapuri mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh para penghuni.
Tindakan mengubah suai kawasan kediaman sehingga mengakibatkan kesusahan orang awam antara perbuatan yang melanggar undang-undang.
Ia juga menjadi antara isu hangat yangn diperdepatkan di media sosial susulan satu aduan berkenaan masalah sama di sebuah rumah flat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Shanor Hijas, terdapat beberapa gambar memaparkan pintu gril yang dikatakan menghalang laluan koridor rumah itu.
BACA LAGI: Selesaikan masalah rakyat lebih efektif, 3 isu KPKT perlu beri fokus pada 2024
Pintu gril yang kesemuanya ditutup sehingga didakwa menghalang laluan orang lain. — Facebook/Shanor Hijas
Bukan itu sahaja, dia mendakwa bahawa perkara tersebut juga mendatangkan kemarahan para pekerja p-hailing selepas terdapat luahan bertulis di dinding salah satu blok di rumah terbabit.
"Rasanya rider yang marah sangat ni. Rasanya lah. Bayangkan kalau dia naik di blok kanan, rupanya barang yang nak hantar tu di blok kiri.
"Dia kena naik sampai ke tingkat lima, baru boleh ke blok kiri. Tak ke susahkan orang tu," tulisnya.
Tambahnya, ia bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi membahayakan keselamatan terutamanya jika berlaku kebakaran.
"Itu hantar barang, kalau berlaku kebakaran lagi lah," dakwanya.
BACA LAGI: Ubah suai kediaman flat sampai meter air jiran duduk dalam rumah
Luahan didakwa ditulis oleh pekerja p-hailing yang berang dengan keadaan tersebut. — Facebook/Shanor Hijas
Pada masa sama, pengguna akaun Facebook Raj Kumar Karuppiah turut meluahkan keprihatinannya dan menyeru agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas terhadap sikap penghuni yang memasang pagar dan menutupnya sehingga menjejaskan laluan orang lain.
"Saya ingin menyampaikan ini kepada pihak DBKL tentang apa yang berlaku di flat di Wangsa Maju itu.
"Bagaimana penduduk boleh menutup koridor jalan dengan gril? Ini tidak adil dan menyusahkan orang lain," tulisnya.
Namun, ada juga yang mencadangkan agar perkara tersebut dapat diatasi dengan melibatkan campur tangan pihak bomba.
"Perlukan intervensi (campur tangan) daripada pihak bomba. Ia isu keselamatan awam," tulis pengguna akaun Sejarah Semasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram