[VIDEO] Lelaki pakai 'boxer' kacau jiran, main loceng pukul 4 pagi siap bentang toto depan pintu


  • Tular
  • Ahad, 02 Jul 2023

Tangkap layar kejadian seorang lelaki menekan loceng beberapa rumah dipercayai di Vista Apartment, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

RAKAMAN seorang lelaki berkelakuan aneh di sebuah unit rumah flat mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Video tular yang dimuat naik di TikTok @asmeimay2 pada Khamis lalu memaparkan lelaki tidak berbaju itu dengan selamba menekan loceng rumah penduduk di situ sekitar pukul 4 pagi.

Kejadian pada Rabu itu dipercayai berlaku di Vista Apartment, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan dilihat datang dari aras bawah dengan membawa tilam dan membentangkannya betul-betul di hadapan pintu sebuah pintu.

Tidak lama kemudian, pelaku yang berseluar pendek itu juga dilihat turun naik tangga dan bertindak menekan loceng rumah individu yang merakam video tersebut menerusi televisyen litar tertutup (CCTV).

“Pukul 4 pagi tekan loceng rumah orang dah kenapa, dengan pakai macam itu.

“Ya ALLAH bahaya orang macam ni, risau dibuatnya,” katanya menerusi kapsyen video tersebut.

Bagaimanapun, identiti pelaku masih belum dikenal pasti buat masa ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan kebimbangan mereka atas tindakan pelik lelaki tersebut dan meminta agar si perakam segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

“Lepas ini kalau jadi lagi terus call polis, kemudian minta polis jangan bunyikan siren,” kata hzrn_

“Rumah kedai dah banyak kes kena pecah masuk oleh warga asing. Rumah aku pun pernah kena pecah masuk. Mereka kopak grill itu,” tulis seorang pengguna TikTok dengan nama nnnnnnnnn.

“Malaysia sudah tak macam dulu-dulu, rakyat tempatan dah dalam ketakutan saja. Sekarang ni warga asing bermaharajalela,” ujar Zalihah Suhaimi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram