Dugaan menjelang Aidilfitri, kereta bertukar 'Hulk' habis disembur warna hijau termasuk sport rim dan side mirror


  • Massa
  • Sabtu, 16 Mac 2024

Kereta milik pengguna tersebut yang dicat hijau dan dilakukan dengan kualiti rendah sehingga menyebabkan banyak kerosakan.

NASIB malang menimpa seorang wanita menjelang Aidilfitri selepas terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM1,000 selepas menghantar keretanya di sebuah kedai cat kereta di Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebooknya dengan menggunakan akaun Nora Firdaus pada Jumaat, terdapat banyak kerosakan di seluruh keretanya tidak sampai 24 jam selepas ia dibawa pulang.

Nora berkata, dia pada awalnya menggunakan perkhidmatan kedai tersebut untuk mengubah warna keretanya jenis Perodua Kelisa.

BACA LAGI : 'Cikgu atau pelajar lagi penting?', isu guru kongsi meja, kerusi di sekolah 2 sesi tidak terlalu berat — NUTP

420271071_1819585775211535_6623156454180120910_n

Kereta yang diwarnakan hijau selepas dihantar di kedai berkenaan. — Facebook

Dalam hantaran itu, dia menyenaraikan beberapa ulasan dan maklum balas kepada perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kedai secara tersirat.

"Tengah nak cari bengkel kereta untuk cat kereta? Jom saya review satu bengkel cat kereta ni. Wajib baca habis. Alhamdulilah, saya berjaya grab harga promosi raya, RM1,000 cat luar," katanya.

Namun, hasil cat tersebut dikatakan tidak berbaloi dengan harga yang dibayarnya kerana terdapat beberapa kerosakan melibatkan hampir keseluruhan kereta.

BACA LAGI : Isu guru 'gila konten' bukan saja buka aib pelajar tapi turut undang risiko jenayah, CMCF sokong cadangan NUTP ketat peraturan

431867581_1819585141878265_96456822837271633_n

Cermin sisi kereta terkena cat hijau. — Facebook

Antaranya adalah cermin sisi, tayar, rangka tayar terkena cat hijau, gam visor kereta yang tidak ditanggalkan, warna bumbung kereta tidak sama, kualiti cat rendah dan hasil yang tidak kemas.

Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan layanan yang diterimanya oleh pekerja dan pemilik kedai ketika berurusan.

"Pelanggan kena banyak memahami mereka, kena faham mereka banyak kereta, semua nak cepat, pekerja kurang. Jadi pelanggan kena banyak sabar. Di sini menggunakan syarikat dia sentiasa betul.

"Kereta wajib tinggal dulu dan tak boleh request ambil dulu jika lambat lagi giliran, biar je sidai di bengkel. Jadi pemilik kena reda jika kereta ada masalah, terlibat jenayah, hilang dan lain-lain.

"Promosi yang menggiurkan pelanggan, iklan mengelirukan," luahnya.

417543694_1819586448544801_6344008706712266604_n

Tayar keretanya yang terkena cat hijau. — Facebook

Lebih menarik perhatian apabila dia menggelarkan keretanya sebagai watak animasi hijau iaitu seperti 'Hulk' selepas dicat sedemikian.

Sebelum itu, Nora juga pernah mendedahkan sedikit demi sedikit tentang layanan pemilik kedai selepas membuat aduan tentang hasil cat di keretanya.

Ia ekoran Nora memuat naik satu tangkapan skrin mesej perbualan mereka berdua tetapi pemilik kedai sebaliknya dilihat menyalahkan dirinya semula.

"Bukan jahanam kan, akak boleh datang balik kalau ada yang tak puas. Tak sempat nak Quality Control (QC), kereta baru nak siap akak push. Jadi macam nilah," dakwa pemilik kedai di paparan WhatsApp terbabit.

Namun, belum ada perkembangan terkini dikongsi kedua-dua pihak berhubung insiden itu setakat ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram