PEMBAHARUAN sistem pengujian lesen memandu iaitu secara automatik atau e-Testing dikuat kuasakan pada Selasa diterima baik majoriti masyarakat.
Projek yang dilancarkan Kementerian Pengangkutan itu membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan.
Menterinya, Anthony Loke dilaporkan berkata, prestasi calon akan diukur menggunakan alat pengesan dan kamera serta keputusan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian.
BACA LAGI : Sentiasa pakai baju tak tayang badan masa buat konten, Bill Gates pun 'chai' teh buatan Dolly Chaiwala
Katanya, calon boleh memilih untuk menggunakan sistem tersebut dan akan menerima beberapa manfaat seperti boleh menjalani percubaan kali kedua bagi elemen ujian yang gagal pada hari sama tanpa kos tambahan.
Projek perintis e-Testing itu turut dikatakan akan dimulakan di tiga institut memandu di IM Surfine Hitech, Hulu Langat, Selangor, Pusat Latihan Memandu Berjaya, Ulu Tiram, Johor dan Institut Lima Bintang Abadi, Pulau Pinang.
Selain dapat meningkatkan integriti, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik, jumlah pegawai penilai JPJ juga dilaporkan boleh dikurangkan kepada dua orang berbanding enam orang ketika ini.
BACA LAGI : Mat Pakistan tunggang motor tanpa lesen, cari gaduh lepas langgar perempuan di Bangi

Pegawai penilai JPJ yang akan dikurangkan selepas penggunaan sistem e-Testing. — Gambar hiasan
Berita itu sekali gus memberi sedikit kelegaan terhadap orang ramai termasuk bakal calon yang akan mengambil ujian memandu kelak.
Rata-ratanya dilihat setuju dengan pelancaran tersebut kerana tidak perlu menahan rasa takut ketika melakukan ujian.
"Elok juga, kita jenis gabra (takut)," komen Muhammad Zaki.
"Lebih berkesan kerana pemandu tak nervous (cemas)," tulis Rethival Thilagaraju.
Namun, ada juga yang bergurau kononnya sistem itu membuatkan mereka lebih sukar untuk mencari pasangan hidup dalam kalangan anggota JPJ selepas ini.
"Lepas ni susah lah nak cari jodoh dengan anggota JPJ," komen Rayhan Aki.
"Hmm, baru nak 'I Love You Mr JPJ'. Kena cari jodoh dengan anggota beruniform lain la pulak lepas ni," kongsi Saodah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
