MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil disarankan supaya bersikap lebih profesional dalam mengulas tentang isu melibatkan harga minyak di Malysia.
Ia selepas satu hantaran dimuat naik di Twitternya (X) yang membalas kepada kenyataan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkenaan kegagalan kerajaan mengawal keadaan ekonomi semasa.
BACA LAGI : Penetapan kawalan harga baharu beras sedang diteliti, rakyat tertanya bakal ada subsidi atau tidak
Fahmi Fadzil yang dilihat tidak profesional dalam memberi respons berhubung isu tersebut. — The Star
Dalam hantarannya, Fahmi mempersoalkan kembali tentang perbezaan harga minyak sebelum zaman pemerintahan kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Minyak masak zaman kamu harga berapa?," tulisnya.
Persoalan itu bagaimanapun menerima pelbagai respons daripada rata-rata netizen yang menganggap ia suatu tindakan tidak profesional dilakukan sebagai seorang menteri.
Mengulas lanjut, ramai juga yang memberi cadangan kepada Fahmi agar melampirkan infografik lengkap jika mahu membandingkan harga minyak sebelum dan selepas pemerintahan Anwar.
BACA LAGI : Kelantan keluarkan jenama beras sendiri 2024
Perbezaan harga minyak yang diminta oleh warganet melalui infografik. — Gambar hiasan
"Dia tak perlu troll pun sebenarnya, buat sahaja infografik harga sebelum dan selepas. Kena kat budak tak pernah beli barang dapur, mana dia tahu harga zaman PN (Perikatan Nasional) ke PH (Pakatan Harapan) macamana," komen @faizfayeshz.
"Aku ingat cytro, rupanya menteri. Cuba buat infografik. Lebih profesional sesuai pangkat," tulis @malays1anreject.
"YB buat la infografik, jangan tanya soalan retorik macam ini," cadang @gtfmdtar.
Sebelum ini, Annuar Musa dilaporkan kenaikan harga barangan yang tinggi dan cukai amat membebankan rakyat.
Annuar juga dilaporkan berkata, ia merupakan saat paling sukar bagi rakyat kerana tidak pernah melihat kenaikan harga serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang terlalu tinggi ketika ini.
Sementara itu, beliau turut dikatakan mengkritik usaha pihak tertentu yang mahu menetapkan harga beras sebanyak RM30 sekampit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram