
PENTAKSIRAN Bilik Darjah atau lebih dikenali sebagai PBD merupakan sistem penilaian yang diperkenalkan bagi membantu sekolah untuk melakukan proses pentaksiran berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Sistem ini diperkenalkan selepas kerajaan melakukan pemansuhan terhadap peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Tujuan utama PBD adalah bagi melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran dan pada masa sama membantu guru meningkatkan pengajaran mereka.
Pendekatan tersebut berbeza dengan peperiksaan yang dilihat lebih cenderung untuk membandingkan murid antara satu sama lain.
Bagaimanapun, semenjak ia mula dijalankan, terdapat pelbagai isu yang timbul daripada segi pelaksanaannya sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan ibu bapa terhadap keberkesanannya.
BACA LAGI: [VIDEO] Isteri nafi suami tergamak belasah, lempar anak depan rumah di Kulim
Pada Rabu, seorang pakar pendidikan, Dr Othman Talib tampil berkongsi rungutan ibu bapa berkenaan cara penilaian yang dilaksanakan terhadap anaknya.
"Anak saya Matematik dapat TP5. Score wise, markah dia 90. Bila saya tanya cikgu macam mana anak saya boleh dapat TP5 meskipun markah dia 90, cikgu cakap sebab bila kena mengajar kawan di depan kelas, kawan tak faham apa anak saya ajar.
"Balik rumah, saya tanya anak saya, di jawab 'Mama, yang tak faham tu kawan-kawan abang. Abang faham apa yang abang ajar dan abang faham topik yang abang kena ajar itu'.
"'Mereka yang tak faham, abang yang dapat TP5?' Maknya buntu," tulis seorang wanita yang perkongsiannya di ruangan komen ditangkap layar oleh Othman untuk dimuat naik hantaran Facebooknya.
Untuk rekod, di bawah PBD, murid dibahagikan terhadap enam tahap penguasaan bagi menggambarkan tahap penguasaannya dalam mata pelajaran tertentu.
Penilaian tahap tersebut dibuat mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dinyatakan dalam kurikulum.
Tahap penguasaan pertama atau TP1 adalah bagi pelajar mula memahami perkara asas atau dapat melakukan kemahiran asas sementara TP6 yang paling tinggi merupakan untuk pelajar yang boleh melakukan perkara dengan adab mithali, bersikap kreatif dan inovatif.
BACA LAGI: [VIDEO] Penyamun Rohingya selamba pecah pintu depan, curi PS4 dan barang kemas di Gombak
Tangkap layar rungutan dikongsikan ibu bapa di ruangan komen yang dimuat naik Othman di Facebooknya.
Perkongsian dilakukan Othman berhubung perkara tersebut turut mendapat perhatian ibu bapa yang rata-ratanya turut berkongsikan isu sama dihadapi mereka.
Malah, ada juga yang mempertikaikan cara penilaian tersebut yang digunakan terhadap murid sekolah.
"Anak saya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris markah 100. Tapi dapat antara TP4 dan TP5. Anak saya pemalu, macam mama dia rasanya tu," tulis Fatin Arina Abdullah.
"Anak saya tahun dua, semua markah Alhamdulillah dapat 90 ke atas semua subjek. Seorang pengawas, terpilih jadi duta sahsiah sekolah, memanjang buka mulut dalam kelas.
"Aktif dalam koko (kokurikulum) dan selalu membantu guru. Tapi keseluruhan dapat TP5. Malas saya nak bertanya kenapa. Bukan nak canang dia layak TP6, tapi tak faham tentang cara evaluate macam mana," kata Fi Rul.
"Saya disregard TP TP ni. Unreliable dan terlalu subjektif. Tengok markah peperiksaan sahaja. Bawah TP3 baru saya buat siasatan," kata Zulkarnaen Rosdi.
"Untuk TP6, ada bahagian yang ditulis (dengan mithali). Maksudnya dia boleh menjadi contoh dan ajar orang lain.
"Jadi TP6 tu sebenarnya susah nak dapat kecuali anak kita memang boleh ajar dan bagi contoh kepada murid lain atau buat pembentangan dengan lancar dan sebagainya.
"Masalah sekarang bila terlalu subjektif dan diletakkan bawah 'professional judgement,'...payah jadinya," tulis Adibah Latif.
"Kesiannya budak-budak sekarang, penilaian mereka di luar kawalan mereka. Dah kena sampai jadi 'cikgu' pula dah. Mereka ini habis sekolah dah kena masuk kerja terus ke?," soal Afifah Kasim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram