Silibus sering bertukar, mansuhkan UPSR dan PMR punca ramai pelajar SPM gagal Matematik


  • Massa
  • Khamis, 22 Jun 2023

Subjek Matematik mencatatkan peratusan kegagalan tertinggi pada SPM 2022. — Gambar Hiasan

SEPERTI yang diketahui, Matematik merupakan subjek teras yang sangat penting. Namun acap kali kita mendengar keluhan anak mengenai subjek ini. Susah dan tidak faham antara alasan yang sering kali didengari.

Melihat kepada keputusan pencapaian dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan hampir 24 peratus atau seorang daripada empat calon gagal dalam mata pelajaran terbabit, manakala 29 peratus lagi mendapat gred D dan E.

Ia sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan dan kegusaran dalam kalangan ibu bapa yang khuatir akan masa depan anak mereka.

Hal ini kerana, mata pelajaran Matematik merupakan subjek yang penting untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Baru-baru ini, Saintis bidang tenaga dan kelestarian iklim, Dr Amir Faizal Abdul Manan juga turut meluahkan kerisauan selepas melihat subjek Matematik mencatatkan peratusan kegagalan tertinggi pada SPM 2022.

Dia turut berkongsi Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2022 yang disiarkan Kementerian Pendidikan (KPM) mendedahkan seramai 403,637 calon mendaftar menduduki peperiksaan tahun lalu membabitkan 3,355 pusat peperiksaan.

Daripada jumlah calon berdaftar itu, seramai 388,832 orang adalah calon baharu yang mendaftar untuk menduduki sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

Jumlah calon baharu yang hadir menduduki peperiksaan pula adalah seramai 373,974 orang.

Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2022 yang disiarkan KPM mendedahkan seramai 403,637 calon mendaftar menduduki peperiksaan tahun lalu membabitkan 3,355 pusat peperiksaan. — Gambar Hiasan

Menurut Amir Faizal, jika melihat kepada laporan tersebut bermakna hampir separuh daripada pelajar lemah dalam Matematik, sekali gus akan menjejaskan usaha negara untuk melahirkan profesional dalam bidang berkaitan.

"Saya bukan bercakap mengenai Matematik Lanjutan, Matematik Tambahan walaupun ia menunjukkan statistik pencapaian yang sama. Saya merujuk kepada Matematik Teras, yang diduduki 369,348 murid pada peperiksaan SPM 2022.

"Ini sangat menggusarkan. Kita mempunyai generasi masa depan pemimpin berpotensi, orang dewasa, guru, saintis, akauntan, doktor, ahli ekonomi, arkitek, ahli perniagaan, bapa dan ibu yang tidak celik matematik asas," katanya di Facebook peribadi miliknya.

Hasil tinjauan Majoriti di media sosial, rata-rata warga maya berpendapat kegagalan pelajar untuk menguasai subjek matematik adalah berpunca daripada kesilapan KPM yang sering bertukar silibus dan menggunakan soalan sukar untuk difahami.

Seorang pengguna Facebook, Mat Jauharie berkata, soalan-soalan ujian matematik pada ketika ini tidak masuk akal.

"Tengok soalan matematik budak sekolah rendah pun kita pening kepala. Bayangkan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, lagi susah.

354630729_10159203238386813_8476721311138252463_n

Keputusan peperiksaan SPM 2022 yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan hampir 24 peratus atau seorang daripada empat calon gagal dalam mata pelajaran matematik. — KPM

"Soalan susah seperti ini akan menyebabkan akan menyebabkan pelajar itu sendiri hilang minat. Bila ibu bapa tegur akan masalah ini, akan mulalah teori daripada KPM. Sedangkan ia merupakan punca utama kepada masalah tersebut," katanya.

Sementara itu, Rokiah Ayop pula berkata, subjek tersebut semakin tidak diminati apabila sukatan pelajarannya semakin sukar.

"Kebanyakan pelajar tidak meminati subjek tersebut kerana disukarkan dengan teknik yang pelbagai hingga membuatkan murid kurang menguasai mata pelajaran itu.

"Contohnya, untuk kemahiran menambah sekolah rendah, soalannya berbelit dan mencabar minda. Akhirnya, murid menyampah dan tidak berminat! Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sangat," tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Farhah Mohd Zin berharap agar pihak KPM menyemak semula, terutamanya dalam subjek Matematik agar tidak membebankan pelajar.

"Sila semak semula silibus Matematik daripada darjah 1 sehingga tingkatan 5, kadang-kadang tidak masuk akal dan membunuh minat anak-anak dalam bidang berkenaan. Kadang-kadang, soalan Matematik macam soalan Bahasa Melayu (BM)," tulisnya.

Paah Hafizah turut bersetuju dengan pendapat Farhah.

"Soalan susah sangat, tengok soalan peperiksaan pelajar zaman sekarang boleh kita kita termenung. Review balik silibus tersebut," katanya.

More than half a million students sit the annual nine-hour test, known as “suneung”. - The Straits Times/ANN

Kegagalan pelajar untuk menguasai subjek matematik berpunca daripada kesilapan KPM yang kerap menukar silibus subjek tersebut. — Gambar Hiasan

Sementara itu, Joseph Padang berpendapat pihak KPM mewujudkan kembali Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang akan membantu pelajar menghadapi peperiksaan sebenar.

"Wujudkan semula peperiksaan UPSR dan PMR, bagi aku semuanya berpunca daripada kedua-dua ujian tersebut dimansuhkan. Selain itu ujian UPSR dan PMR ini sangat membantu hala tuju mereka.

"Pada masa sama sukatan pelajaran hendaklah bersesuaian dengan umur pelajar," katanya.

Persoalannya pada ketika ini, adakah kegagalan pelajar untuk menguasai subjek Matematik berpunca daripada kesilapan KPM yang kerap menukar silibus atau kesan daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia?

Jika melihat kepada situasi ketika wabak tersebut melanda dunia, rata-rata sistem pendidikan global turut terganggu sekali gus merencatkan sistem pembelajaran yang sedia ada.

Pada masa sama, KPM pada ketika ini juga sedang memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih holistik apabila melibatkan pembangunan pelajar.

Malah, pada awal bulan lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kementerian memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih holistik apabila melibatkan pembangunan pelajar.

Katanya, model pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan pentaksiran berasaskan bilik darjah (PBD) adalah pendekatan yang lebih holistik.

"Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan pentaksiran berasaskan bilik darjah (PBD) memberi ruang dan peluang untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan dilaksanakan secara berterusan," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram