KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) dilaporkan kini sedang mempertimbangkan langkah bagi menyediakan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pertimbangan tersebut dibuat dengan mengambil kira keadaan ruang premis makanan sedemikian yang menyukarkan mereka bagi mematuhi jarak tiga meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini.
Ujarnya, tindakan itu juga dilihat selari dengan pelaksanaan di negara maju lain seperti Singapura, Jepun dan Hong Kong yang mewujudkan tempat dibenarkan merokok.
Beliau berkata demikian pada Sabtu ketika ditemui pemberita ketika Sesi Perjumpaan Meja Bulat sempena Program Tinjauan Mesra Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di beberapa gerai makanan di sekitar Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, perkara itu bukanlah satu langkah mengundur ke belakang, sebaliknya bagi memastikan tahap pematuhan larangan merokok pada jarak tiga meter oleh premis makanan.
BACA LAGI : [VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
BACA LAGI : [VIDEO] Lelaki maut di kerusi pemandu lepas berbalas tembakan dengan polis peronda
Untuk rekod, larangan merokok di tempat awam termasuk di restoran sudah dilaksanakan sejak lebih empat tahun lalu bermula pada Januari 2019.
Kenyataan Dr Dzulkefly berhubung perkara tersebut ternyata mendapat reaksi yang agak negatif daripada warganet.
Malah, rata-rata mereka berpendapat bahawa langkah tersebut adalah satu tindakan terkebelakang dalam usaha kerajaan bagi menangani amalan merokok yang menjejaskan kesihatan rakyat.
"Kenapa mesti nak jaga perokok ni?? Menteri kesihatan punya kenyataan pula tu," tulis Khairuddin Mohamed Khalid.
"Kesimpulannya, perokok menang. Papan tanda dilarang, merokok dan hukuman denda RM2,000 kalah," ujar Zahid Paan.
Dalam pada itu, meskipun terdapat segelintir netizen bersetuju dengan cadangan tersebut, mereka berpandangan ia akan menemui kegagalan sekiranya tahap penguatkuasaan tidak ditingkatkan.
"Buat tapi jangan sambil lewa. Ini umum tapi tiada penguatkuasaan. (Sekarang ini) masih ada yang merokok di meja makan," tulis Syefry Moniz. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram