AZAM baharu diterapkan Perak FC menjelang saingan musim depan dalam misi pasukan kembali meletakkan mereka di tahap terbaik berbanding tahun lalu.
Kemasukan pemain baharu di samping beberapa perubahan terhadap imej kelab merupakan antara langkah sudah diambil sepanjang tempoh pramusim ini.
Namun, masih terdapat pelbagai perancangan mahu diambil pihak pengurusan sebelum aksi musim depan membuka tirainya pada Mei yang pastinya dapat melonjakkan lagi imej skuad The Bos Gaurus (TBG).
Salah satu acara utama yang diadakan Perak FC ialah majlis pelancaran jersi 'home' baharu pasukan bagi saingan 2024/25 di Dataran MBI, Ipoh, Perak pada Sabtu.
Acara yang diadakan secara terbuka itu pasti menyaksikan ribuan penyokong kelab Utara tanah air untuk hadir dengan beberapa individu ternama turut memeriahkannya, termasuk pengendali skuad TBG, Yusri Che Lah.
BACA LAGI: Bukan sekali, tapi khidmat anak jati Taiping didambakan skuad TBG sebanyak 4 kali
Aksi persahabatan itu mengumpulkan puluhan bekas pemain skuad TBG. — Facebook/Perak FC
Oleh itu, untuk memberi keriangan buat mereka yang hadir, Perak FC mengambil peluang mengadakan aksi persahabatan antara bekas pemain pasukan dengan Veteran MBI di Padang Sultan Abdul Jalil, Perak.
Beberapa wajah cukup terkenal dalam kalangan penyokong, seperti Khalid Jamlus, V Saravanan serta Danial Fadzly Abdullah merupakan sebahagian antara mereka yang turun memeriahkan perlawanan itu.
Namun, persoalan masih timbul apabila bekas tonggak skuad TBG, Indra Putra Mahayuddin tidak beraksi meskipun pernah menjadi antara nama besar buat pasukan berkenaan.
"Indra tidak turun ke? Hanya nampak rakan sepasukannya seperti Khalid dan Saravanan sahaja," ujar Yusli Toriry.
"Kalau panggil Indra boleh juga rasanya. Dia pun masih lagi aktif beraksi dalam Liga Super," kata Jalil Izzat.
BACA LAGI: Ramadhan sahaja tak cukup, skuad TBG mahu sambar 'keeper' dari JDT, skuad Jang
Indra Putra boleh diangkat sebagai salah seorang legenda moden skuad TBG. — Facebook/Perak FC
"Ingatkan Indra dipanggil dalam perlawanan kali ini. Kalau ada aksi persahabatan lagi, boleh rasanya memberi dia peluang," kata Jaafar Don.
Indra Putra ketika ini masih beraksi secara profesional bersama Kelantan United musim lalu meskipun sudah berusia 42 tahun dan tidak lagi sepantas dahulu.
Bagaimanapun, pengalamannya terus ditagih skuad Kijang Hijau dengan penyerang kelahiran Ipoh, Perak berkenaan mampu beraksi dalam 24 perlawanan Liga Super 2023 dengan empat gol peribadi diperolehinya.
Dia boleh diangkat sebagai salah seorang legenda buat skuad TBG kerana pernah membantu mereka ketika di era kegemilangan selain beraksi buat pasukan itu ketika dalam Liga Perdana dua tahun lalu.
Jadi, tidak hairanlah ketiadaannya bersama pasukan veteran Perak dipersoalkan dengan orang ramai pasti rindu untuk sekali lagi menyaksikannya beraksi buat negeri kelahirannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram