MELAKA antara negeri yang menjadi tarikan pengunjung termasuk pelancong terutama apabila tiba musim percutian.
Tidak dinafikan, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada aliran trafik serta masalah parkir di lokasi padat.
Namun, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dilaporkan sudah membangunkan beberapa kiosk Melaka Touch Point di Dataran Bandaraya Melaka pada Ahad bagi mengatasi masalah berkenaan.
BACA LAGI: 'Buang masa, duit dan tenaga', pelancong geram banyak jalan tutup, parkir susah di Melaka
Kiosk tersebut dibangunkan dalam bentuk papan skrin boleh sentuh yang boleh diakses oleh orang awam untuk memeriksa trafik sekali gus merancang perjalanan ketika di kawasan itu.
Melaka antara lokasi tarikan ramai pelancong. — Gambar hiasan/The Star
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman dilaporkan berkata, antara data yang terdapat dalam kiosk itu adalah i-Trafik MBMB, MBMB Smart City, Ceritera Melaka, i-Perolehan MBMB dan inovasi MBMB seperti Projek Tali Amaran Pintar.
Perasmian itu kiosk itu juga dikatakan dapat menambah baik masalah melibatkan jumlah kekosongan parkir di lokasi tersebut.
Ia sepertinya bagaikan satu usaha kerajaan demi membantu masyarakat yang sering kali menghadapi isu parkir di Bandaraya Melaka.
Melaka dahla jem.
Nak tahu parking mana yang available, kena cari skrin ni, parking tepi jalan, dan scroll skrin ni utk cari kat kawasan mana yang ada parking.
Bodoh tak?
Yes. pic.twitter.com/4rP22xXnpU
— Picky (@pickyhn) January 13, 2024
Bagaimanapun, ada juga segelintirnya melihat perkara itu seperti membuang masa dan sia-sia kerana tidak kurang sesuai untuk digunakan lebih-lebih lagi ketika waktu sibuk.
Mengulas lanjut, salah seorang pengguna Twitter (X) dengan akaun @pickyhn tidak bersetuju dengan pembaharuan tersebut.
Dakwanya, trafik di Melaka yang sesak membuatkan papan skrin Melaka Touch Point itu seakan-akan tidak relevan untuk digunakan.
"Nak tahu parkir mana yang kosong, kena cari skrin ini. Parkir tepi jalan dan tengok skrin untuk cari di kawasan mana yang ada parkir?," tulisnya dalam nada perli.
Tambahnya, skrin tersebut tidak seharusnya diwujudkan kerana sudah ada laman web yang boleh diakses dengan lebih mudah buat pengunjung.
"Skrin boleh sentuh ini tidak perlu wujud pun. Nak pasang skrin di luar macam ini bukan murah.
"Patutnya buat sahaja papan tanda merata tempat yang boleh orang imbas terus masuk ke portal yang pegawai ini promosikan," katanya.
BACA LAGI: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan, pengunjung dakwa harimau di Zoo Melaka tak cukup makan
Ia turut disokong oleh pengguna Twitter lain dengan menyatakan bahawa papan skrin itu akan rosak juga jika berterusan dibiarkan di luar tanpa bumbung.
"Ini salah satu satu projek gagal, sebabnya ada orang Melaka kata boleh tengok dalam laman web. Buat apa letak di tempat terdedah macam itu.
"Tak ada bumbung, ini kalau kena panas, hujan sentiasa maka alamat tak lama lagi jadi pulang tak kembali.
"Selain itu, kalau orang dalam negara kita ini sopan sahaja semua, tiada vandalisme barulah boleh nak letak di mana-mana, bazir duit rakyat Melaka sahaja," komen @Loverboxs.
Bukan itu sahaja, rata-rata yang tidak bersetuju dengan sistem baharu itu mendakwa mereka boleh mengakses sistem yang sama seperti dalam laman web menggunakan telefon pintar tanpa keluar dari kereta pergi ke skrin tersebut.
"Skrin ini kalau dalam pusat beli-belah atau tempat peranginan memang seronok la nak teliti bagai untuk carian apa-apa.
"Tapi engkau rasa ada masa nak turun dan teliti di skrin?," tulis @NoorEkhsan87. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram