'Buang masa, duit dan tenaga', pelancong geram banyak jalan tutup, parkir susah di Melaka


Melaka merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan tarikan bangunan bersejarah.

MELAKA sememangnya salah satu negeri tumpuan pelancongan yang kaya dengan tempat bersejarah seperti Bangunan Stadthuys, Kubu A Famosa dan Perigi Hang Tuah.

Warisan peninggalan sejarah yang berada di kawasan berkenaan menyebabkan ramai tertarik untuk memilihnya sebagai salah sebuah lokasi percutian bersama keluarga dan rakan-rakan terutama pada musim perayaan.

Namun, sejak Jumaat, kerajaan negeri Melaka melaksanakan penutupan jalan selama 54 jam sempena Zon Bebas Kenderaan.

Melaka River cruise boats zooming past the waterway near Stadthuys building.Pix by R.S.N.Murali

Salah satu kawasan tumpuan pelancong di Melaka pada waktu malam.

Tidak dapat dinafikan, pada awal pelaksanaan ini dibuat, rata-rata warga tempatan berasakan hal itu akan menjejaskan aktiviti harian.

Malah, penduduk dan peniaga telah melahirkan kegusaran kerana terpaksa menanggung kerugian disebabkan pelancong yang menaiki kenderaan tidak dapat melalui jalan tersebut.

Perkara ini menjadi lebih serius apabila ramai pelancong turut meluahkan rasa kecewa menerusi media sosial dengan penutupan jalan yang dibuat pada musim percutian.

Salah seorang netizen @ctnuraliya yang dikatakan datang daripada jauh untuk melancong ke Melaka berasa kecewa apabila masa percutian tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

"Saya baru balik dari Melaka. Datang dari Perak pergi Melaka nak melancong, sekali semua jalan ditutup dan tiada parkir. Banyakkan nak pergi melancong tetapi tidak dibenarkan masuk kawasan pelancongan, rugi satu hari kerana tidak tahu jalan di situ. Akhirnya masuk bilik hotel, tidur. Buang masa, buang tenaga dan buang duit," tulisnya.

Selain itu, seorang lagi warganet @Zulfikri Julfekar turut memberi perancangan yang perlu dibuat oleh kerajaan negeri sebagai langkah untuk memudahkan banyak pihak terutama pada masa percutian.

"Kerajaan negeri perlu sediakan parking secukupnya. Kemudian perlu sediakan plan panduan yang lengkap untuk semua pelancong maklumkan di mana mereka perlu meletakkan kereta dan perkhidmatan awam apa yang perlu mereka ambil untuk sampai ke kawasan tumpuan pelancong contohnya Bandar Hilir.

"Contohnya bangunkan sistem bas pengantara (feeder bus). Memperkasakan perkhidmatan awam di Melaka yang mesra pelancong. Jangka masa panjang mungkin boleh bangunkan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dalam Melaka," tulisnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna @RafiqYusop turut berasa Melaka antara salah satu tempat percutian menarik yang perlu diberi inisiatif untuk memudahkan kemasukan ke negeri itu.

"Kami yang duduk Negeri Sembilan pun resah kalau Melaka buat macam ini. Apatah lagi Melaka antara port yang seronok kalau bercuti. Cari alternatif lain, shuttle perlu panjanglah ada kalau macam itu," tulisnya.

Turut menyokong, seorang pengguna di Facebook, @Mohd Fadzil Kasim berpendapat, kerajaan negeri perlu merancang sesuatu dengan lebih jelas ketika menutup jalan bagi menarik pelancongan luar datang ke Melaka.

"Perlu ada alternatif lain kalau nak tutup. Sediakan perkhidmatan trem (transit) dan parkir bertingkat yang cukup," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram