[VIDEO] Pihak berkuasa digesa ambil tindakan, pengunjung dakwa harimau di Zoo Melaka tak cukup makan


  • Tular
  • Ahad, 07 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan seekor harimau di Zoo Melaka yang didakwa kurus seperti tidak cukup makan.

SEDIH melihat keadaan seekor harimau yang kurus di Zoo Melaka, para pengunjung mendesak agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Ia susulan tularnya sebuah video memaparkan seekor harimau putih yang didakwa seperti tidak cukup makan sedang berlegar-legar di dalam kandang di zoo tersebut.

Pada masa sama, pemilik video dengan menggunakan akaun TikTok @Nurul Z, yang juga pengunjung berkenaan menggesa supaya haiwan itu dipulangkan semula ke habitat asal.

@n.zalikha1 #fyp ♬ Dawai (From "Air Mata Di Ujung Sajadah") - Fadhilah Intan

Bukan itu sahaja, pengguna media sosial lain turut meluahkan perkara sama kerana dikatakan tidak mampu melihat haiwan itu menderita.

Ada juga yang mendakwa bahawa keadaan haiwan dalam zoo berkenaan tidak berbaloi dengan bayaran harga tiket yang dikenakan.

"Zoo Melaka, binatangnya memang nampak tak cukup zat, tiket bukan main mahal," komen @linalmiyn.

"Saya pun terkena, empat orang masuk, RM100 lebih," tulis @robana.latiff.

BACA LAGI: Polis tahan pengawal keselamatan dakwa nampak harimau di Ampang

"Menteri Besar Melaka tolonglah ambil tindakan. Tak kesian ke tengok haiwan-haiwan ni. Kalau aku mampu, dah lama aku lepaskan diorang," komen @lyliemaslien164.

Namun, sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan maklum balas daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram