Menang tipis tapi kualiti penyudah Harimau Muda kena lebih tajam


  • Podium
  • Sabtu, 23 Dis 2023

Sebahagian aksi persahabatan antarabangsa antara Harimau Muda berdepan China. — Facebook/FAM

PASUKAN Harimau Muda berjaya meraih keputusan positif selepas menewaskan China 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 sebagai persediaan ke Piala Asia B-23 di Doha, Qatar.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jinshan, Shanghai, China itu menyaksikan pasukan pelawat berjaya mengikat tuan rumah selama 90 minit permainan tidak termasuk masa tambahan.

Dalam babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat bergelut mendapatkan jaringan untuk berada dalam kedudukan yang selesa.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada jaringan berjaya dicetak pada masa pertama.

Keputusan kekal 0-0 sehingga pengadil perlawanan meniup wisel tamat perlawanan pertama.

Bersambung babak kedua, meskipun pasukan pelawat dilihat lebih agresif untuk melakukan serangan namun ketumpulan di posisi penyerang menjadi punca Harimau Muda gagal mencetak jaringan.

Hampir pulang dengan kekecewaan, Harith Haiqal Adam Akfar muncul wira selepas berjaya menyumbat masuk gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan.

WhatsApp Image 2023-12-23 at 16.01.59

Harith Haiqal muncul wira bantu Harimau Muda benam China. — Facebook/FAM

Dalam pada itu, rata-rata penyokong tanah air berpuas hati dengan corak pemainan yang ditampilkan oleh anak-anak buah Juan Torres Garrido.’

Meskipun begitu, terdapat juga beberapa penyokong tidak berpuas hati dengan penyudah yang dilihat kurang tajam di hadapan pintu gawang lawan.

“Cantik dah Malaysia main tapi tumpul, kena asah lagi bahagian serangan next time,” kata Dunia Arif.

Gameplay okay sudah cuma penyerang nampak tumpul, kena asah lagi ni, nasib baik friendly saja,” kata Shahril Fikry.

“Pengawalan bola terbaik, cuma kena berusaha keras lepas ni, Piala Asia kot,” kata Mutahhir Alif.

Harimau Muda yang diundi dalam Kumpulan D Piala Asia akan membuka tirai saingan bertemu Uzbekistan pada 17 April, Vietnam (20 April) sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Kuwait (23 April). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram