MENJELANG persediaan musim baharu menyaksikan banyak pasukan agak aktif dalam membuat pembelian pemain bagi memperkukuhkan skuad untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Turut tidak ketinggalan adalah pasukan yang berada di tangga kedua Liga Super 2023, Selangor FC yang kini difahamkan masih mengekalkan penjaga gol, Khairulazhan Khalid bagi musim depan.
Pastinya penyokong setia Gergasi Merah gembira dengan berita baik tersebut.
Meskipun belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh pihak pengurusan Selangor FC, namun satu perkongsian di media sosial mencuri tumpuan.
Khairul Azhan mencipta 17 penampilan bersama Selangor FC musim ini. — Instagram/khairul_azhan1
Perkara yang dikongsikan oleh pemerhati sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam sempat mencuri tumpuan penyokong tanah air terutamanya Gergasi Merah.
"Yan stay! Difahamkan, Khairul Azhan Khalid sudah menandatangani kontrak lanjutan bersama Selangor FC," ciapnya di X.
Susulan perkongsian tersebut, beberapa penyokong Merah Kuning itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Selangor FC kerana mahu melanjutkan kontrak pemain yang gagal mempamerkan prestasi terbaik musim ini.
Malah ada yang berpendapat bahawa penjaga gol kelahiran Kuanta, Pahang itu perlu ditukar kerana tidak menunjukkan peningkatan dari segi momentum dan corak permainan di atas padang.
"Selangor ni tiada keeper lain ke nak sign? Tu pasal orang marah dengan pengurusan Selangor ni," kata @Haikal410Ho.
"Berita ni lagi kelakar, dah tiada ke keeper lain," kata @Hanalulu_88.
"Agak-agak function tak dia ni musim depan eh, dengan umur semakin meningkat," kata @Amirul_.
Untuk rekod, sepanjang diberi tugas untuk menjaga pintu gawang Gergasi Merah, Khairul Azhan sudah dibolosi sebanyak 19 kali selepas 17 perlawanan Liga M berlangsung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram