Turun lawan team KJ, fans JDT ada ‘special request’ buat Benjamin Mora


  • Podium
  • Khamis, 14 Dis 2023

Mora (kanan) turut beraksi dalam perlawanan persahabatan di antara JDT dan Dashing Bekpes Hot pada Rabu. — Facebook/JDT

KELIBAT bekas pengendali Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora yang beraksi bersama pasukan pilihan Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Rabu mula menggamit memori lama dalam kalangan penyokong JDT.

Sebelum kehadiran Esteban Solari, Mora yang terlebih dahulu banyak mengubah corak permainan JDT tidak kira sama ada dalam pentas antarabangsa mahupun domestik.

Pengendali berusia 44 tahun itu juga berjaya membawa Harimau Selatan menjuarai Liga Super sebanyak empat kali.

Musim lalu, Mora berpisah dengan Harimau Selatan untuk mendapatkan cabaran baharu apabila pulang ke negara kelahirannya dan dilantik sebagai pengendali Atlas Guadalajara di liga utama Mexico.

Dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan bola sepak stesen radio Hot FM iaitu Dashing Bekpes Hot, Mora bersama-sama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim cemerlang menewaskan menewaskan pihak lawan dengan keputusan 15-2 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Rabu.

TMJ yang mengetuai pasukan pilihan JDT itu turut menampilkan ketua jurulatih JDT, Esteban Solari; bintang JDT, Safiq Rahim dan Farizal Marlias serta bekas pemain, Safee Sali selain turut dibarisi pengurusan dan kakitangan JDT.

Benjamin Mora

Mora (kanan) berjumpa TMJ (kiri) sebelum perlawanan menentang Dashing Bekpes Hot pada Rabu. Facebook

Melihat gambar Benjamin Mora beraksi, penyokong JDT mula membuat permintaan khas supaya dia kembali berkhidmat sebagai ketua jurulatih JDT II pada musim depan.

Umum mengetahui, sebelum Mora dinaikkan pangkat ke skuad utama, bekas pengendali Atlas Guadalajara pernah membawa JDT II selama tiga tahun.

"Jadi ketua jurulatih JDT II balik macam dulu," kata BJ JB.

"Bagi dia (Mora) jaga pasukan JDT II macam dulu lagi senang," ujar Ami Ayoi.

"Datang JDT balik Mora, bantu JDT II balik macam dulu," jelas Azwan Mahfod.

"Boleh bergabung dengan Esteban Solari, kebetulan tengah tak ada kerja itu," luah Norazree Ree.

Untuk rekod, Mora kini bergelar ejen bebas selepas prestasi hambar bersama Atlas Guadalajara musim ini apabila beliau sekadar merekodkan 13 kemenangan, 14 seri serta 14 kekalahan dalam 41 perlawanan terakhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram