Pratonton fesyen tiga kali setahun anjuran AEON menampilkan StevenSunny dalam warna terang serta jalinan kerjasama TARUMT


  • Bizz
  • Jumaat, 08 Dis 2023

Kolaborasi AEON-Steven Sunny tonjol trend lebih fresh.

DEMI mengiktiraf minat golongan muda, AEON bersama stailist fesyen, Steven Sunny kembali mengetengahkan fesyen trend terbaharu yang lebih 'fresh' dan bertenaga menerusi acara fesyen AEON Fashion Preview (AFP) Edisi November 2023.

Acara yang dinanti-nantikan itu diadakan pada 23 November lalu di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), Kuala Lumpur, sekali gus menandakan kolaborasi bersama komuniti dan para pelajar institusi tersebut dalam persembahan fesyen AFP untuk bekerjasama menyerlahkan diri dan kreativiti mereka bersama AEON.

Lebih menarik, AFP kali ini mengangkat pakaian 'streetwear' bertemakan anime dan denim serta fesyen perayaan sesuai dengan cita rasa kebanyakan golongan remaja.

Hubungan unik antara anime dan fesyen untuk mengekspresi diri penuh bergaya menarik minat pelajar-pelajar TAR UMT dari Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI).

Campaign 3

SCAR menerusi Steven Sunny memberikan nafas ekspresi baharu dalam fesyen kontemporari.

Mereka mengambil inspirasi fesyen cyberpunk minimalis dan manga klasik daripada Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer.

Rata-ratanya mengambil inspirasi dengan menggayakan semula koleksi 'Naruto', mengubahnya menjadi 'cosplay couture', pakaian jalanan grafik dan aksesori berinspirasikan anime.

Selain anime, denim juga mendapat perhatian menerusi jenama SCAR di AEON yang memberikan nafas ekspresi baharu dalam fesyen kontemporari.

Inovasi 'denim regang' menambah dimensi baharu kepada keselesaan dan kesesuaian, tanpa menjejaskan estetika klasik denim itu sendiri.

'Raw denim' pula menyuntik nilai autentik kepada penggemar jeans yang gemarkan gaya original segar sepanjang zaman.

Variasi dalam pilihan fabrik itu memberi pilihan yang lebih banyak kepada pemakai, sekali gus memastikan denim kekal menjadi pilihan setiap generasi.

Turut membawa tema fesyen perayaan Tahun Baru Cina dalam AFP kali ini, AEON merevolusikan gaya perayaan tradisional yang melangkaui batasan usia, menerima daya tarikan rentas generasi yang menggamit golongan remaja dan yang berjiwa muda.

Antara jenama yang ditampilkan termasuklah ARCADIA, innercasual (iC), ti:zed, SCAR, Guys' Vision dan JKids.

AFP 6

Alami pakaian perayaan sebagai ungkapan kegembiraan dan individualiti rentas generasi, menjadikan setiap perayaan bersifat abadi.

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen berkata, AEON sudah lama terbuka dengan kepelbagaian bentuk badan, etnik dan jantina dalam memperagakan fesyen. AEON juga percaya bahawa fesyen adalah inklusif dan representatif, setiap orang berhak dan bebas menyatakan identiti mereka melalui fesyen.

"Edisi AFP kali ini memastikan bahawa fesyen tidak lagi harus terhad kepada pemikiran yang sempit."

"Kami (AEON) mengutamakan saiz yang inklusif, pakaian yang disesuaikan, dan pilihan mampu milik tetapi tetap bergaya," katanya dalam Majlis Pelancaran AEON Fashion Preview (AFP) Edisi November 2023 baru-baru ini.

APE 2

Denimwear SCAR berkembang menjadi asas fesyen yang serbaguna dan abadi, menyelaraskan secara mulus merentas generasi.

Tambahnya lagi, AEON bekerjasama dengan Steven Sunny memperkenalkan gerakan #ownwhatyouwear untuk membantu setiap lapisan masyarakat mengekspresi diri dengan fesyen. Gerakan ini dicetuskan oleh AEON sejak tahun lalu dengan kurator ikonik dan gaya luar biasa.

"Fesyen kini merupakan platform untuk mengekspresi diri bagi berinteraksi kepada orang ramai meliputi semua lapisan masyarakat.

"AEON komited kepada kepercayaan bahawa fesyen harus mencerminkan kepelbagaian keseluruhan manusia.

"AEON berusaha untuk menjadikan fesyen bukan sahaja mencerminkan masyarakat, bahkan sebagai pemangkin kepada perubahan positif," jelasnya sambil memperkenalkan Steven Sunny.

AFP 3

AFP menyemarakkan kepelbagaian bentuk badan, saiz, etnik, jantina, dan keupayaan.

Musim ini, SCAR menampilkan rekaan fesyen dan gaya Steven Sunny yang mengangkat fesyen sebagai alat ekspresi kendiri dengan mengkhusus kepada potongan berani dan warna-warni pada kain kapas 100 peratus.

Kepekaan Steven Sunny terhadap gaya juga membawakan kebolehan luar biasa untuk melaungkan cabaran agar ia kekal yakin dan menggayakan #ownwhatyouwear dengan memahami kecenderungan peribadi, supaya sentiasa berani menampilkan rupa berlainan sekali gus membawakan gaya baharu untuk diri sendiri.

AFP ialah satu acara tiga kali setahun yang diadakan bagi menawarkan perkembangan terkini untuk jenama-jenama fesyen serta produk terbaharu AEON.

Menonjolkan trend terbaharu, gaya, warna, dan tekstur sambil memperkenalkan ketibaan musim baru termasuk mengumumkan kerjasama strategik.

Antara acara AFP sebelum ini ialah pelancaran jenama rangkaian atletik, innercasual (iC) menampilkan koleksi kelestarian oleh Katharine Hamnett di butik TRIBE studios, diikuti runway fesyen di dalam MRT bergerak, di TAPAK Food Truck & Food Park Kuala Lumpur dan berkolaborasi bersama Fakulti Seni Halus UiTM membawa fesyen kembali ke tempat di mana idea fesyen pertama kali dicetuskan dan diilhamkan.

Selain itu ialah menampilkan lebih daripada 500 personaliti hasil kerjasama terbuka, menjadikannya persembahan fesyen individu dan ungkapan diri terbesar di Malaysia.

Untuk mengetahui maklumat yang lebih terperinci mengenai AFP, anda boleh layari laman web: https://aeonretail.com.my/fashion/afp/ ataupun menelusuri digital platform media sosial AEON lain seperti:

Facebook: https://www.facebook.com/aeonretail.my/

Instagram: https://www.instagram.com/aeonretail.my/?hl=en

TikTok: https://www.tiktok.com/@aeonretailmalaysia?lang=en

Twitter: https://twitter.com/aeonretailmy?lang=en Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram