[VIDEO] Ada 'hint' magis Syafiq Ahmad diperlukan tamat rekod tanpa menang JDT di bumi Jepun


  • Podium
  • Ahad, 26 Nov 2023

Syafiq Ahmad boleh jadi watak penting JDT mencari kemenangan sulung di bumi Jepun. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

PELUANG masih lagi terbuka untuk Johor Darul Takzim (JDT) melayakkan diri ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Namun begitu, mereka haruslah melepasi cabaran sukar oleh jaguh Jepun, Kawasaki Frontale bagi memastikan peluang tidak semakin tipis.

Sebelum ini, JDT kalah 0-1 kepada mereka pada aksi pembukaan ACL di laman sendiri. Kini beraksi pula di Jepun, cabaran pastinya semakin sukar.

Kali terakhir JDT berjaya mengalahkan kelab Jepun adalah pada 2019. Ketika itu, Harimau Selatan menewaskan Kashima Antlers 1-0 hasil jaringan Syafiq Ahmad.

Kini, Syafiq boleh menjadi wira JDT sekali lagi dan memacu kemenangan Harimau Selatan di Jepun.

JDT lebih hebat

Tidak dinafikan yang JDT merupakan pasukan terulung di Malaysia untuk masa kini. Sudah sedekad, mereka menguasai bola sepak negara dan mula menerajui Asia.

Skuad 2019 yang menewaskan Kashima itu sudah sedia bagus. Namun pada 2023, Harimau Selatan lebih mengancam dengan adanya pemain-pemain seperti Fernando Forestieri, Bergson da Silva serta Arif Aiman.

Tidak ketinggalan, Syafiq masih lagi bersama-sama JDT dan kekal berbisa. Syafiq boleh menjadi senjata rahsia buat Harimau Selatan dalam usaha mendapatkan gol di gelanggang Kawasaki.

Jika Syafiq dimasukkan secara mengejut, pastinya berlaku perubahan taktikal yang tidak dijangka oleh Kashima.

Kalau gawang Kashima boleh dibocorkan, takkan pintu gol Kawasaki tak boleh?

404587538_914542586708385_6195842079967154396_n

Forestieri cukup tajam di pintu gol untuk JDT. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Motivasi untuk layak

Selepas berjaya mengutip enam mata daripada empat perlawanan, motivasi JDT masih lagi membara untuk layak kerana peluang masih lagi terbuka.

Mereka kini di tangga ketiga kumpulan I selepas dibezakan dengan perbezaan jaringan apabila Ulsan Hyundai mempunyai rekod lebih baik untuk menghuni tangga kedua.

Jika berhasil mendapatkan kemenangan di Jepun, ia akan menaikkan lagi motivasi JDT untuk memastikan slot ke pusingan kalah mati berjaya disahkan.

Seandainya tewas di Jepun dan Ulsan menang ke atas BG Pathum, peluang untuk mara masih ada tetapi perlukan tuah bersama Harimau Selatan.

399254593_10160802756116992_2827593159490797547_n

Syafiq sentiasa berbisa setiap kali diturunkan JDT. — Agensi

Tapi, awas ancaman Kawasaki

Umumnya, bukan mudah untuk berdepan dengan mana-mana pasukan Jepun terutamanya ketika di tempat mereka dan ia sama buat Kawasaki.

JDT mempunyai beberapa pengalaman beraksi di Jepun bertemu pasukan seperti Vissel Kobe dan Urawa Red Diamonds namun kesemuanya berakhir dengan kekalahan besar.

Episod duka itu pasti ingin dihapsukan sebaiknya oleh Esteban Solari bagi memastikan JDT memecahkan badi tidak mampu menang di Jepun dengan mengalahkan Kawasaki.

Tapi jangan terlalu yakin, jika tersilap langkah episod tewas besar bertemu Vissel Kobe dan Urawa Red Diamonds boleh terjadi lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram