Sabah kehilangan 3 tonggak utama berdepan Kelantan FC


  • Podium
  • Sabtu, 18 Nov 2023

Sebahagian sesi latihan barisan pemain Sang Badak menjelang perlawanan Liga Super berdepan Kelantan FC. — Facebook/SabahFC

KETUA Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee kehilangan tiga tonggak utama untuk perlawanan Liga Super 2023 menentang Kelantan FC yang bakal diadakan di Stadium UiTM, Shah Alam, Selangor pada Isnin, lapor Stadium Astro.

Tiga ayam tambatan itu ialah Stuart Wilkin dan Darren Lok yang kini dalam tugasan antarabangsa bersama Malaysia. Manakala penyerang sayap, Saddil Ramdani pula beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia.

"Saya percaya pemain lain dalam skuad Sabah mampu menggalas tugas itu kerana banyak lagi perlawanan selepas ini dan saya perlu memikirkan mengenai kecergasan pemain terutama yang beraksi untuk pasukan kebangsaan," kata Kim Swee.

WhatsApp Image 2023-11-18 at 18.49.40

Meskipun kehilangan tiga tonggak utama, pengendali Sabah FC, Kim Swee percaya dengan kebolehan skuad yang ada. — Facebook/Sabahfc

Sasaran awal di kedudukan lima teratas, tidak memberikan keselesaan kepada skuad The Rhinos untuk terus memperbaiki kedudukan walaupun sudah tercapai.

Berbaki empat perlawanan bagi saingan Liga Super musim ini, Kim Swee tidak menafikan perubahan kedudukan bakal berlaku.

"Kedudukan berubah jika Sabah mampu dapat keputusan yang positif dalam empat perlawanan terakhir.

"Jika kita capai keputusan baik untuk perbaiki daripada sasaran lima terbaik, kita dapat tempat keempat atau ketiga, ia keputusan yang cukup positif," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram