PADA Ahad, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pemain pertahanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad terpaksa dilepaskan dari kem latihan pusat pasukan Harimau Malaya.
Azam terpaksa dilepaskan dari kem latihan berikutan mengalami kecederaan lutut.
Kecederaan tersebut membuatkan Azam akan terlepas aksi bersama-sama Harimau Malaya sepanjang November menentang Republik Krgyz (16 November) dan Chinese Taipei (21 November) bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027.
Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Azam, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim pan-gon memilih untuk mendapatkan pertahanan Sabah FC, Daniel Ting sebagai pengganti.
Azam terpaksa dilepaskan dari kem latihan pasukan kebangsaan akibat kecederaan lutut. — Facebook/FAM
Meskipun diketahui mengalami kecederaan lutut, penyokong membuat andaian bahawa ketiadaan Azam dalam skuad utama adalah disebabkan persediaan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.
Meninjau ruangan komen, salah seorang penyokong, Istifar Tpaq membuat beberapa teori dengan mengatakan bahawa persediaan final adalah faktor utama Azam terpaksa dilepaskan.
"Kalau saya buat rumusan banyak benda boleh dikaitkan antaranya mungkin disebabkan Terengganu ke final jadi dia ni penting untuk game nanti tapi pelik juga tapi tak mustahil kan.
"Selain itu, sekiranya dia tidak boleh beraksi masa final nanti, ia akan menjadi jawapan kepada mustahil itu.
"Pendapat terakhir, mungkin boleh bermain di final nanti tapi akan jadi issue injured ni untuk keluar awal," katanya di Facebook.
Terengganu FC akan berdepan Johor Darul Takzim (JDT) dalam pentas akhir Piala Malaysia pada 8 Disember nanti yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram