El Hadji Diouf pernah melukai hati Sabah kerana puji JDT


  • Podium
  • Ahad, 12 Nov 2023

Bekas penyerang Brazil, Diouf pernah menabur bakti di bumi Borneo. — Agensi

SUMBANGAN pemain import dalam pasukan-pasukan Liga Malaysia sememangnya memainkan peranan cukup penting baik dari segi pertahanan mahupun serangan.

Sudah semestinya menjadi keutamaan menjelang perpindahan jendela, semua pasukan Liga Malayasia (Liga M) akan berpusu-pusu untuk mendapatkan import terbaik.

Tidak mahu ketinggalan dalam membantu pasukan, sembilan tahun lalu, pasukan Sabah yang ketika itu dikenali sebagai Sabah FA, pernah mendapatkan khidmat bekas penyerang Liverpool, El Hadji Diouf.

Dioufff

Diouf pernah membantu Sabah FA dalam saingan Liga Malaysia. — Agensi

Ketika itu, khidmat Diouf diperlukan bagi membantu Sabah FC menghadapi musim 2015.

Dilaporkan, penyerang kelahiran Senegal itu merupakan antara lima pemain import yang mengintai empat slot bersama pasukan Borneo ketika itu.

Pada ketika itu, selain Diouf, Sabah pernah dilaporkan dala usaha mendapatkan khidmat bekas penyerang kelab Brunei DPMM FC, Roy Simon Donovan dan pemain pertahanan dari Brazil, Ricarte Dos Santos.

Kehadiran Diouf ketika itu adalah untuk membantu Sabah FA agar dapat bermain dalam Liga Perdana dan naik pangkat ke Liga Super.

Diouf merupakan Pemain Terbaik Afrika sebanyak dua kali pada 2002 dan 2003, telah menjadi aset utama yang disasarkan oleh Sabah FA untuk memperkukuh pasukan The Rhinos.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FA, Datuk Seri TC Goh dilaporkan berkata, keputusan Diouf untuk beraksi bersama Sabah FC memberi impak positif kepada pasukan itu sendiri.

Untuk rekod, selain bermain untuk Liverpool, Diouf pernah beraksi untuk Bolton Wanderers, Sunderland Blackburn Rovers dan Leeds United ketika itu.

Diouf bermain selama semusim bersama Sabah FC pernah mencetuskan kontroversi apabila memuji JDT serta menyatakan secara terbuka mahu menyertai kelab Harimau Selatan itu tanpa sebarang bayaran walaupun masih menyarung jersi kelab Borneo tersebut.

Disebabkan sikap tidak profesionalnya, Sabah menarik balik lilitan kapten dan tidak menyambung kontrak pemain itu pada musim berikutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram