[VIDEO] Keeper kelab Brazil tunjuk IQ tinggi sengaja biar bola masuk ke gawang


  • Podium
  • Ahad, 12 Nov 2023

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan penjaga gol Brazil sengaja membiarkan bola melepasi pintu gawang. — Agensi

PENJAGA gol Corinthians, Cassio Ramos sempat mencuri tumpuan penyokong bola sepak selepas dia sengaja membiarkan bola masuk ke gawang sendiri.

Dalam perlawanan berdepan Atletico Mineiro itu, Ramos hanya membiarkan bola masuk ke gawang apabila pasukan pelawat mendapat sepakan percuma pada separuh masa kedua.

Menerusi satu perkongsian video di Twitter, ketika bola menuju ke arah pintu gawang yang dilihat tanpa menyentuh mana-mana pemain lain, Ramos hanya mengelak dan membiarkan bola bergolek ke dalam jaring.

Meskipun sepakan percuma itu berjaya disempurnakan oleh salah seorang pemain Atletico, pengadil perlawanan bagaimanapun membatalkan jaringan tersebut.

Ini kerana Atletico memperoleh sepakan 'indirect' dan jaringan tidak akan dikira jika bola masuk ke gawang tanpa disentuh mana-mana pemain.

Ternyata pengalaman dan pengetahuan Ramos berjaya mengelirukan penyokong lawan yang menyangka jaringan itu dikira sedangkan tiada sentuhan dibuat ketika sepakan percuma itu diambil.

Kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Corinthians, Brazil. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram