'Rizal Ghazali' minta maaf kepada peminat


  • Podium
  • Isnin, 13 Nov 2023

Bek kanan Sabah FC, Rizal ketika dalam sesi latihan bersama The Rhinos. — Facebook/sabahfc

SEBELUM ini, arena bola sepak domestik digemparkan dengan berita pemain bola sepak Liga Super itu ditahan pihak polis selepas dipercayai menyebabkan kecederaan terhadap bekas teman wanitanya, Hani Farhana Hasrul Sani.

Wanita berkenaan turut dikenali sebagai Dr Hana Rose mendakwa bahawa kekasihnya yang dipercayai tonggak pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali memukulnya dalam satu insiden di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada Jun lalu.

Susulan kejadian berkenaan, Hana juga memaklumkan bahawa dia mendapat rawatan susulan di sebuah hospital swasta, Hospital Kelana Jaya Medical Centre di Petaling Jaya dengan pertolongan daripada kakitangan hotel.

Dr Hana

Tangkap layar insiden tersebut yang dikongsikan oleh Dr Hana. — Instagram @drhanarose

Laporan daripada pihak Majoriti sebelum ini menyatakan bahawa hasil siasatan mendapati insiden tersebut terjadi akibat perselisihan faham dalam hubungan cinta antara mangsa dengan teman lelakinya sehingga berlaku perkara tidak diingini.

Bagaimanapun, selepas sekian lama menyepi, pemain kelahiran Kedah itu didakwa memberikan komen mengenai kontroversi itu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Mohd Rizal Ghazali Idol didakwa memohon maaf kerana enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

"Jai mohon maaf. Kalau peminat bertanya mengenai hal peribadi, Jai tidak dapat memberikan sebarang komen.

"Jai lebih selesa sesetengah hal tidak diceritakan secara umum. Harap peminat respect dan berfikir sebelum posting komen.

"Apapun Jai tak ambil hati dan senantiasa maafkan dan doakan yang terbaik buat peminat yang Jai hormati.

"Salam Sayang dan respect dari Mohd Rizal Ghazali," katanya di Facebook.

Bagaimanapun, belum dipastikan sekiranya hantaran tersebut merupakan luahan peribadi yang dibuat Rizal sendiri kerana dipercayai ia merupakan laman penyokong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram