Tenang berdepan JDT, bekas pemain Sang Penyu letus impak penting skuad TBG


  • Podium
  • Jumaat, 20 Okt 2023

Sebahagian aksi menarik antara pemain Harimau Selatan dan Perak FC dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 pada Khamis. — Facebook/Perakfc

JOHOR Darul Takzim (JDT) tidak menghadapi masalah besar untuk membawa pulang bekalan selesa selepas menewaskan Perak FC 4-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 di Stadium Perak, Ipoh pada Khamis.

Kekalahan pasukan kendalian Yusri Che Lah itu sekali gus membuatkan perjalanan cukup sukar buat The Bos Gaurus (TBG) menjelang aksi kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 2 November nanti.

Meskipun berdepan dengan pasukan gergasi tanah air, barisan pemain Perak bagaimanapun dilihat tidak berputus asa dan mahu memberikan saingan kepada skuad kendalian Esteban Solari itu.

WhatsApp Image 2023-10-20 at 13.28.08

Pemain tengah Perak FC, Azalinullah (kanan) merupakan aset penting bagi pasukan skuad Seladang. — Facebook/Perakfc

Namun, siapa sangka kehadiran pemain kelahiran Terengganu, Azalinullah Alias yang menampilkan aksi menarik dalam perlawanan tersebut mendapat tumpuan penyokong tanah air.

Meskipun tidak menjaringkan gol, nama bekas pemain Sang Penyu itu mencuri tumpuan penyokong skuad Seladang berikutan ketenangannya mengawal bahagian tengah berdepan Harimau Selatan.

"NO 18 Perak ni kena jaga betul-betul, ada potensi untuk bola sepak Perak dan Malaysia. Kena jaga, risau nanti hujung musim hilang ke Selatan," kata Seladang Black Side.

"Tak boleh dia ke sana, nanti rosak minit permainan dia," kata Firdaus Mohdsani.

"Laju bedesup, ada harapan boleh pergi jauh, kalau pengurusan tak jaga baik-baik, memang kena sambar lah ni," kata Zeno Zordik.

Dalam pada itu, penyokong berharap agar pihak pengurusan Perak mengikat pemain berketinggian 1.75 meter itu untuk kekal bersama kelab yang berpangkalan di Utara tanah air. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram